Tuesday, January 19, 2010

Polis Tahan Tiga Lelaki, Rampas Heroin

Polis menahan tiga lelaki dan merampas 1.8 gram dadah heroin dalam satu sekatan jalan raya di KM5, Jalan Air Putih Kemaman, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu Supt Roslan Abd Wahid berkata Isnin, pemandu kereta terbabit enggan berhenti sebaliknya cuba mengundurkan kereta itu dan melanggar sebuah kenderaan lain.

"Polis terpaksa menendang cermin kereta berkenaan dan hasil pemeriksaan terhadap kereta itu, kami menemui 1.8 gram dadah," katanya.

Beliau berkata kesemua lelaki yang berusia antara 28 dan 42 tahun itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Roslan berkata dalam tempoh tiga hari sejak 15 Januari lepas, seramai 100 orang termasuk dua pelajar sekolah menengah ditahan di Terengganu kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

No comments:

Post a Comment