Keberangkatan pulang Seri Paduka pada 11.30 malam semalam diiringi oleh Raja Permaisuri

Menurut kenyataan Istana Negara, keadaan Tuanku Mizan dilaporkan baik selepas mendapat rawatan di Medical Park, St.Hubertus.
Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan baginda sepanjang menjalani rawatan.
Pada 30 Nov tahun lepas, Tuanku Mizan menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rechts Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich.
No comments:
Post a Comment