Friday, February 12, 2010

AHMAD SAID PUNYA REKOD BURUK?

Ada sebuah blog yang biasa menuduh dan mengutuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, meneruskan usaha memburuk-burukkan Menteri Besar dengan beberapa kenyataan terbaru.

Pertama, tugas Ahmad Said ialah menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menggadai dan menjual negeri Terengganu ini. Menggadai dan menjual harta redok negeri dan rakyat Terengganu.

Kedua, Terengganu kini jatuh miskin apabila Ahmad Said jadi MB ibaratnya “Pitis mas tadok sekepeng dah. Hasil negeri licing moner dah. Kawasan balak jual kira lori saja, kalau adapun tinggal sejoker dua je lagi.”

Ketiga, menggadai maruah warga negeri yang menghormati dan menjunjung tinggi institusi istana yang berdaulat dan terpuji itu.

Keempat, MB Mat Said berjaya mengelak daripada menipu dan mengaburi mata rakyat.

Kelima, YB yang menyokong Ahmad Said adalah ‘lembu’. (Pesanan blog berkenaan: Janganlah jadi seperti seorang lembu yang bodoh tonggong tu. Lembu gembalaan MB Mat Said ini bukan sahaja bodoh sombong tapi juga bahalol dan bla bla bla...), dan,

Keenam, banyak lagilah....

Rasanya bagus juga entri ini dibuat ketika Ahmad Said akan ke Jerman dan kemudian ke Mekah mulai Ahad ini. Bolehlah Ahmad Said mempersembahkan kata-kata ini kepada yang melantiknya yang dipertikaikan oleh pemilik blog ini berulang kali.

Juga Ahmad Said boleh berdoa di hadapan Kaabah apakah benar semua tuduhan ini dan jika tidak benar, janganlah pula didoakan sesuatu tidak baik kepada sesame insan. Biarlah Allah yang menentukan nasib seseorang.

Ahmad Said patut berdoa semuga rakyat dan negeri Terengganu akan terus makmur selain yang melantiknya cepat sembuh.

Sekembalinya nanti yang dijangka akhir Februari ini diharapkan semuanya berjalan baik, malah Ahmad Said kena tabah kerana cakap-cakap beliau akan digantikan Mac ini mula di bisikkan ke telinga oleh sesetengah pihak.

Selamat jalan dan selamat kembali kepada Ahmad Said!

Baca posting berikut untuk lebih jelas apa yang sama maksudkan:

YANG KEMARUK NAK JADI MB?

KHAMIS, FEBRUARI 04, 2010

Heboh diperkatakan terdapat beberapa orang wakil rakyat di Terengganu sedang menyiapkan diri untuk menjadi Menteri Besar Terengganu yang baru menggantikan MB Mat Said. Sehingga ada dikatakan beberapa orang isteri kepada Ahli-ahli Yang Berhormat berkenaan sudahpun menempah kain sutera dan menghias diri kononnya akan menjadi wanita pertama negeri Terengganu Darul Gondol ini.

Ish.. ish… ish…. Ini mesti kerja YB-YB cap ayam yang masih tak tekup batu dan tak dapat kawasan balak serta tak dapat projek rumah mampu milik atau projek-projek lain anugerah oleh MB Mat Said nin. Dalam bahasa yang lembut dan mudahnya - YB-YB yang masih tidak berjaya DIBELI oleh MB Mat Said dan YB-YB yang tak sempat dikelentong oleh MB Mat Said bahawa mereka ini ditolak oleh istana. Mereka memang tidak sedar kediri. Tak faham-faham, tak reti base.

Apa punya hal yang mereka galak gatal sangat nak jadi MB? Kang MB Mat Said tu sudah kelas gitu. Sudah hebat dan sudah tersohor seantero dunia sebagai MB terhebat abad ini? MB Mat Said bukan sebarangan orang. Jangan bercakap pasal pembangunan dan soal nasib rakyatlah. MB Mat Said tak main dan tak penting pasal itu semua. Yang penting kepada MB Mat Said ialah bagaimana nak menghabiskan harta redok negeri dan harta redok rakyat Terengganu. Bagaimana nak kayakan ‘and the geng’nya dan bagaimana nak kekalkan kuasanya. Yang lain tu, tidak penting, tidak mustahak, tidak menjadi kepentingan dan tidak termasuk dalam senarai ‘keutamaan' kepada dirinya.

Mana boleh nak ganti MB Mat Said. Kawasan balak betullah dah nak habis dibahagi tetapi ada lagi yang masih belum terjual. Wang royalti belum lagi diterima. Kawasan bijih besi, kawasan pertanian, kawasan lapang, belum lagi dipindahmilikkan. Kambing-kambing boer, lembu-lembu, beruk monyet dan gajah-gajah belum lagi dibeli. Pulau-pulau masih banyak lagi yang belum digadai. Baja-baja banyak lagi yang belum dijual. Saing rodong belum lagi jadi Pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah GLC, belum lagi jadi SUK, belum lagi jadi Pegawai Kewangan, belum lagi lompat gred.

Lagi pun untuk apa kemaruk dan gila sangat nak jadi MB tu? Pitis mas tadok sekepeng dah. Hasil negeri licing moner dah. Kawasan balak jual kira lori saja, kalau adapun tinggal sejoker dua je lagi. Tu pun hak hujung-hujung, hak batang kurus-kurus dan hak yang belum sempat ditukar statusnya lagi. Yang lain, semuanya dah gondol belaka. Jadi nak tadbir apa lagi? Nak cari hasil negeri celah mana lagi?

Nak tebeng apa lagi? Janganlah jadi bodoh wahai YB-YB yang gila nak jadi MB tu. Jadi tak berapa cerdik seperti yang disebutkan oleh MB Mat Said lebih baik. Buat-buat bodoh lebih baik daripada buat-buat cerdik tapi memang comfirm bodoh. Tak kan itu pun tak reti lagi wahai YB-YB cap ayam… Tak kan yang itu pun nak kena MB Mat Said juga ajar.

Wahai YB-YB yang kemaruk nak jadi MB sekalian. Ini nak maklumkan (bukan mengajar atau menasihati tetapi sekadar ingin memaklumkan) :

Janganlah jadi seperti seorang lembu yang bodoh tonggong tu. Lembu gembalaan MB Mat Said ini bukan sahaja bodoh sombong tapi juga bahalol dan bla bla bla… Yalah lembu. Kerana apa dipanggil lembu, kerana memang dia lembu. Nak sebut nama pun memang spesis lembu jarang sekali tuannya berikan nama. Dah memang dia lembu, bodoh pun, memang lembu bodoh (lembu nin saya sendiri pun tak tahu yang mana satu. Cuma dimaklumkan, sesekali ada di Tingkat 16, sesekali ada di Tingkat Atas. Hebat lembu ni boleh naik turun lif dan naik turun tangga. Tapi seperti kata pepatah Melayu, ‘lembu mana (siapa) yang makan rumput, dialah yang terasa racun paraquatnya’…).

Yang geli hatinya, lembu ini seperti sengaja menonjolkan sifat kebodohlembuannya. Yalah, almaklum lembu. Namanya dah lembu. Tak boleh nak kata apalah. Kalau manusia atau orang tu, ada juga namanya. Mamat ke, Derih ke, Stopa ke, Semek ke, Mek Wok ke. Bermakna kalau apa-apa pun yang disebut oleh lembu ini, tak boleh nak kata apa lagi. Kalau dipertikaikan pun, dia memang dah comfirm bodoh (macam) lembu sebab dia lembu. Layak dan logiklah apa yang diperkatakannya.

Tetapi wahai YB-YB yang kemaruk kuasa, pedulikan apa yang lembu tu katakan. Jawatan MB bukannya jawatan yang tokki atau tok lembu itu tinggalkan. Bukan milik tokki atau tok dia. Bukan warisan nenek moyang dia. Mana ada jawatan MB peninggalan tok atau tokki lembu dalam dunia nin. Kalau DS Najib atau DS Hishammuddin atau mana-mana pemimpin parti UMNO/BN tu sendiri pun tak boleh nak buat apa dengan MB Mat Said – maksudnya tak mampu untuk tentukan kedudukan MB Mat Said – memang maha tepat dan betullah tu. DS Najib atau DS Hishammuddin atau mana-mana pemimpin sekalipun, memang sedar kediri. Mereka tak mampu dan tak layak, sebab jawatan MB tu bukannya peninggalan tok atau tokki mereka. Mereka hanya menjalankan amanah berdasarkan kedudukan yang dipertanggungjawabkan.

DS Najib atau DS Hishammuddin atau pemimpin lainnya hanya diberikan amanah untuk menjaga dan memimpin parti dan kerajaan. Mereka diberi amanah dan tanggungjawab. Mereka melaksanakan tugas mengikut kemampuan dan kuasa yang diamanahkan ahli parti dan rakyat. Sekali ahli berkehendakkan mereka menjadi pemimpin mereka, mereka sekali gus seperti diberi ‘kuasa’ untuk mewajarkan mereka menentukan kedudukan sesiapa berdasarkan kuasa-kuasa yang diamanahkan itu. Itu adalah prinsip dan aturan berparti, berkerajaan dan berkepimpinan.

Yang jelas, mereka tidak pernah menjadikan jawatan yang dimiliki mereka sebagai hak peribadi atau mewarisi peninggalan nenek moyang mereka, walaupun ayah dan keluarga mereka pernah menduduki jawatan yang disandang mereka sekarang. Mereka tidak pula jelas sedang berhempas pulas untuk menghabiskan harta redok rakyat dan negara. Kerana mereka tahu, mereka dikehendaki oleh rakyat untuk memimpin mereka. Dan walaupun yang melantik PM, TPM dan Menteri-menteri itu adalah istana, mereka tidak pula mendabik dada mengatakan mereka adalah PM, TPM atau Menteri istana.

Mereka sedar jawatan dan kuasa yang diberikan bukan jawatan warisan atau hak mereka atau hak tok dan tokki atau yang ayah mereka tinggalkan. Itulah bezanya seorang pemimpin yang boleh berfikir dan membezakan, berbanding dengan seorang lembu yang memang sah tahap pemikiran berkelembuannya.

Seperti yang Dr Jepun in bracket sebutkan di hadapan khalayak ramai dalam perhimpunan agung UMNO tahun lalu di PWTC, MB Mat Said DIPAKSA oleh istana untuk memegang jawatan MB Terengganu. Bukannya MB Mat Said yang gila dan kemaruk nak jadi MB. Dia dipaksa. Kalau tidak menerimanya, dia akan dilabelkan sebagai penderhaka. Kesihan MB Mat Said. Beliau bukan orangnya yang derhaka. Beliau bukan si-Tanggang anak derhaka atau si-Jebat derhaka. Bermakna bukan salah MB Mat Said. MB Mat Saidlah yang betul. Kerana itu, MB Mat Said berhak untuk menjaja dan menjualnya. Dengan status MB istana itulah, MB Mat Said selamat dan boleh bermahaistanarela (bermaharajalela?).

Itulah amalan MB Mat Said. Dah memaksa sangat dia jadi MB. Lantak ajelah. Itukan amanah dan tanggungjawab. MB Mat Said telah sedaya upaya menjalankan amanah dan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. MB Mat Said sudah berjaya menunaikan amanah supaya menjual harta redok rakyat dan menyempurnakan tanggungjawab menggadai harta redok negeri. Jadi, untuk apa lagi perlu tukarkan MB?

Aduhai YB-YB sekalian,

Akuilah bahawa menjaja dan menjual nama istana oleh MB Mat Said sebegitu adalah tindakan yang maha wajar, kerana tindakan itu boleh menghalalkan cara, sekali gus beliau and the gengnya boleh bertindak sewenang-wenangnya tanpa memperdulikan pucuk pimpinan parti atau sesiapa sahaja, apa lagi rakyat yang tak punyai apa-apa kuasa dan tak tahu apa-apa itu - semata-mata kerana dia adalah MB istana.

Jadi YB-YB cap ayam sekalian,

Janganlah berangan-angan nak jadi MB, walaupun anda semua ‘layak’ untuk menjadi MB. Layak dalam erti kata, seseorang MB perlu dilantik di kalangan ahli-ahli Yang Berhormat. Pedulikanlah kelayakan itu selagi MB Mat Said masih ada. Kelayakan dengan ‘status YB’ itu sahaja yang ahli-ahli YB semua boleh tayangkan, sedangkan dari segi idea, pemikiran, gerak kerja, perancangan, visi dan misi serta segala macam keperluan lain selayaknya sebagai seorang MB, YB-YB semua jauh ketinggalan berbanding kemampuan dan hebatnya MB Mat Said. Jauh seperti planet pluto dengan bumi.

MB Mat Said maha mesra rakyat. Mana ada MB sebelum ini yang semesra rakyat semacam MB Mat Said. Mana ada MB sebelum ini yang boleh singgah di gerai-gerai makan kecil untuk makan bersama rakyat, walaupun sekejap sambil-sambil nak melawat kawasan lombong atau kawasan hutannya. Rakyat mana yang tidak ‘gumbira’ apabila seorang MB sanggup mencemar diri makan di warung-warung kecil tepi jalan. Rakyat (walaupun di kampung) semuanya sudah cerdik dan tak mudah ditipu dan dikaburi mata mereka. MB Mat Said ternyata telah berjaya mengelak daripada menipu dan mengaburi mata rakyat. MB Mat Said orang yang jujur dan ikhlas dalam segala hal.

Dah tu, masih tak puas hati dengan MB Mat Said. Sehingga sebegitu pengorbanan yang ditunjukkan oleh MB Mat Said, masih ada yang masih tidak puas hati? Entahlah… Nampaknya kena beli dan sedekah lembu serta air zam-zam dan kurma banyak lagi kepada mereka yang terus-terusan tidak puas hati ini. Insya-Allah, dengan meminum air zam-zam dan makan kurma bergambar MB Mat Said, harap-harap sejuklah sikit hati mereka.

Percaya dan yakinlah, tidak ada di kalangan YB-YB yang ada sekarang boleh setanding, sehebat dan selayak MB Mat Said. Sebutlah siapa MB dalam dunia ini, seorang pun tak boleh setaraf MB Mat Said. Cukup dengan MB Mat Said menyebut kun fayakun sahaja, semuanya sudah ternganga, tak ada lagi orang yang boleh melawan kehebatan beliau.

Wahai YB-YB cap ayam….

Kalaupun MB Mat Said duduk sahaja di kerusi MBnya atau ‘katakanlah’ (katakan sahaja, bukan betul. Maaflah kalau perkataan tu tak sesuai atau sensitif digunakan), MB Mat Said nak menderhaka dan tak mahu jadi MB, pun YB-YB yang ada masih tidak layak dan tidak boleh untuk menjadi MB. Kerana sudah ada yang berlagak dan perasan yang dialah sebenarnya MB, bukan MB Mat Said. MB Mat Said pada mereka boneka sahaja. MB Mat Said kena getel kepala sahaja. MB Mat Said hanya pada nama sahaja, kuasa dan keputusan di tangan orang lain.

Itulah dikatakan bagusnya MB Mat Said. Beliau telah ‘menurunkan’ kuasa-kuasa kepada mereka ini dan hasilnya tunjuk lagak mereka sudah jelas melampaui tugas dan kuasa MB Mat Said sendiri. Satu penghasilan yang maha cemerlang dan terbilang lagi tembelang.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang memelikkan dan mengajaibkan kerana di zaman MB Mat Said tidak ada yang pelik, ajaib atau mustahil. Semuanya OK dan KO belaka. MB Mat Said bukannya tidak sedar, malah amat sedar dan amat tahu. Lembu itu pun rasanya amat tahu walaupun bodoh macam lembu. Tahu bahawa adanya orang @ manusia yang memang tak layak menjadi MB tetapi sudah berlagak lebih daripada seorang MB.

Jadi wahai YB-YB yang kemaruk sekalian,

Lupakanlah sahaja hasrat YB-YB untuk menjadi MB kalau betul YB berhasratnya begitu. Sudah pasti YB-YB semua tidak layak dan tidak mampu untuk mentadbir negeri Terengganu Darul Gondol ini. Perkara utama yang YB-YB gagal untuk menuruti cara dan pendekatan kecemerlangan kepimpinan MB Mat Said ialah YB-YB tidak mampu dan tidak tergamak untuk menggadai dan menghabiskan harta redok rakyat dan negeri. Itulah yang menghalang YB-YB untuk menjadi MB. Rasa tergamak dan teringin itu adalah maruah terbesar dan aset penting yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi MB Terengganu Darul Gondol ini. Kalau tidak ada itu, lupakan sahaja hasrat menggunung itu. Beritahu isteri YB supaya sedekahkanlah kain sutera itu untuk rakyat kawasan YB.

Lupakan sahaja kegilaan dan kekemarukan YB-YB untuk menjadi MB itu. Berilah kerjasama dan sokongan penuh kepada kepimpinan MB Mat Said untuk memudahkan tugas beliau menyempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk menggadai dan menjual negeri Terengganu ini. Menggadai dan menjual harta redok negeri dan rakyat Terengganu. Seterusnya menggadai maruah warga negeri yang menghormati dan menjunjung tinggi institusi istana yang berdaulat dan terpuji itu.

1 comment:

  1. Jangan Bersedih Bila Anda Masih Menjaga Kebaikan..
    Seorang penyair berkata :
    Seolah kau menemukan mutiara dalam buku
    Kau menjadi tahu bahawa yang haram
    tidaklah halal bagimu
    Bila musim dingin tiba kaulah matahari
    dan bila musim panas datang
    kaulah tempat berteduh
    Kau tidak pernah mengetahui
    harta yang kau infaqkan
    apakah banyak atau sedikit
    Kau menerima balasan dari orang sekitarmu
    atas setiap kebaikan yang kau lakukan
    Kaulah sang pahlawan terhormat dan termulia
    Bila kami berpapasan denganmu
    kami lihat cahaya di wajahmu
    bagai seorang penakut mendapat suluh
    di tengah malam.
    Mengingatimu dalam setiap waktu
    memberikan kami petunjuk ke jalan baik
    dan menyebut namamu berulang kali
    tidak membosankan
    Kami rela mengorbankan jiwa kami
    dengan segala derita
    laksana jama'ah haji sedang bertahllul.

    ReplyDelete