Daripada teganukini (5 Feb 2010)
Kumpulan penentang MB Terengganu semakin tersepit apabila tinggal tiga wakil rakyat sahaja lagi yang menyokong beliau.
Rakyat pula sudah terlalu marah dan benci kepada kumpulan ini. Dari mula lagi rakyat marah kepada kumpulan ini dan berdiri dibelakang Seri Paduka Baginda Tuanku.
Buktinya amat jelas apabila lebih 50,000 rakyat berkumpul menyambut ketibaan Seri Paduka Baginda Tuanku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada 30 Mac 2008 lalu, disamping mengutuk tindakan Idris dan rakan-rakannya. Pada masa itu juga gemuruh pekikan 'Daulat Tuanku' disamping ejekan ' ADUN Derhaka' juga kedengaran.
Kumpulan penentang amat terdesak sekarang ini. Mereka menggunakan Pengerusi Perhubungan UMNO sepenuhnya untuk memberi gambaran buruk Ahmad Said kepada Perdana Menteri. Dato' Seri Hishamuddin dikawal ketat oleh orang karektor di Terengganu. Sedangkan kedua-duanya tidak berpelajaran , jadi adalah amat tidak wajar tindakan Hishamuddin.
Hari ini seorang pegawai kanan TCS maklumkan bahawa bekas SUK telah diperguna sepenuhnya oleh kumpulan penentang . Bekas SUK memaklumkan kepada Pegawai-Pegawai kanan bahawa pada bulan Mac ini Perdana Menteri akan adakan perubahan kabinet dan Ahmad Said juga akan dipecat. Beliau pula akan dikembalikan semula ke jawatan Setiausaha Kerajaan Terengganu.
Bekas SUK bagaikan lupa kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang melantik Menteri Besar, bukannya Perdana Menteri !
Ini jelas kumpulan ini membodohkan bekas SUK dengan janji akan lantik semula beliau ke jawatan Setiausaha Kerajaan pada bulan Mac ini. Ini telah menyebabkan beliau bekerja kuat untuk memfitnahkan Ahmad Said. Sedangkan mengikut peraturan, pegawai yang bersara pilihan tidak boleh dilantik semula ke jawatan kerajaan.
Sebagaimana bekas SUK diperalatkan, ketua kumpulan penentang juga berjaya menggerakan dan memotovasi tiga ADUN dengan teknik “ Pecah & Perintah” dengan memberi harapan kepada mereka yang mereka semua berpeluang menjawat jawatan Menteri Besar sekiranya Ahmad berjaya di undur.
Mereka telah berjaya mengapi-apikan ketiga-tiga penentang kononnya mereka adalah bakal Menteri Besar baru mengantikan Ahmad, yang akan sentiasa saja diletakkan tarikh bakal dipecat dalam masa terdekat !
Seorang diapi-apikan sehingga yakin dia boleh menjadi MB Terengganu kerana hubungan rapatnya dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang merupakan sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Keduanya pula dikatakan ‘proksi’ DSIJ di Terengganu yang mampu memulihkan imej DSIJ dalam politik Terengganu, jika dia berjaya menjadi Menteri Besar.
Sementara itu, yang ketiga didakwa cukup berkeyakinan mampu menjadi MB Terengganu kerana dialah satu-satunya ADUN yang bukan ‘cap ayam’ . Khabarnya, beliau didakwa yakin Istana Terengganu tidak akan menolak namanya jika dicadangkan menjadi MB.
Mereka telah berjaya mengapi-apikan ketiga-tiga penentang kononnya mereka adalah bakal Menteri Besar baru mengantikan Ahmad, yang akan sentiasa saja diletakkan tarikh bakal dipecat dalam masa terdekat !
Seorang aktivis masyarakat Alur Limbat maklumkan bahawa isteri salah seorang ADUN penentang sudah menempah berpasang-pasang pakaian sutera kerana yakin suami beliau akan jadi Menteri Besar sedikit masa lagi.
Sebenarnya Najib sendiri pun tidak kuat, betapa rapuhnya UMNO kini dengan peristiwa yang berlaku di Parlimen baru-baru ini, Bajet 2010 yang menelan belanja bilion ringgit hanyadiluluskan dengan suara lebih 3 undi , iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian yang telah dijalankan.
Kumpulannya yang kecil berani bertindak berterusan kerana tiada pihak yang ambil tindakan kepada mereka.
Perkara ini dapat diatasi sekiranya tindakan diambil kepada golongan ini samada tindakan disiplin dari pihak parti atau pihak istana tarik balik darjah kebesaran. Tindakan ini pasti menjadi pengajaran kepada mereka dan tidak akan berani menentang lagi.
No comments:
Post a Comment