Oleh Ruslan Abdul Rahman dan Harun Hassan (UKOM)
Program Juara Rakyat tiga hari berteraskan Karnival Pendidikan, bagi Parlimen Hulu Terengganu bermula hari ini (4 Februari 2010), bertempat di Kampong Menerong, Mukim Hulu Brang, Ajil.
Program sehingga 6 Februari ini termasuk Forum Perdana Hal Ehwal Islam (4 Februari, malam), Kebudayaan Islam (5 Februari, sebelah malam), Sukaneka (5 Februari, petang di Padang Sekolah Menengah Menerong), Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang (6 Februari), di samping pelbagai pameran dari pelbagai agensi.
Menurut, Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Awang selaku Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, program ini memenuhi konsep sebenar Juara Rakyat yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak di peringkat kebangsaan.
Beliau yang akan merasmikan sendiri program ini pada petang ini (4 Februari) di perkarangan Masjid Kg.Menerong, tema Juara Rakyat kali ini Pendidikan memberi ruang dan peluang kepada penduduk, khususnya sekitar Hulu Terengganu mendalami perjuangan Kerajaan Barisan Nasional dalam usaha pembangunan untuk rakyat, khususnya di bidang pendidikan.
Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu sendiri di bawah pimpinan Datuk Ahmad Said telah meletakkan pembangunan bidang pendidikan sebagai keutamaan dengan memberi peruntukan melebihi RM130 juta dalam Bajet Terengganu 2010.
Unit Komunikasi Negeri Terengganu juga turut serta mengadakan pameran dan mengedarkan bahan-bahan maklumat mengenai pendidikan dan pendekatan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan yang menjadi pendekatan kerajaan selaras dengan konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Ahli Dewan Negara, Senator Hajah Fatimah binti Hamad, pihaknya juga cuba menonjolkan peranan wanita dalam pembangunan melalui pameran yang turut diadakan oleh pihaknya. Beliau yang juga Ketua Wanita Umno Hulu Terengganu dan peringkat Negeri Terengganu berkata, program juara rakyat di peringkat Hulu Terengganu diusahakan secara yang terbaik, termasuk mengadakan program anak angkat, membabitkan pelajar-pelajar IPT dan juga agensi kerajaan dan swasta dengan harapan mereka menyelami hati nurani rakyat, hidup dan kehidupan di sebuah daerah pedalaman yang sedang maju.
Dendang Anak Jenagor dan Sejak Orang Ulu di samping penampilan calon Akademi Fantasia akan menjadi tarikan utama menerusi Malam Kebudayaan Islam yang akan berlangsung pada 5 Februari , 9.00 malam di Kampong Menerong ini.
Juara Rakyat Untuk Rakyat, demikian motto yang diperkenalkan melalui program ini di peringkat Hulu Terenngganu. Rakyat sudah pasti menyahutnya dengan penuh gembira dan syukur.
No comments:
Post a Comment