Thursday, February 4, 2010

Kerajaan tunggu laporan perundangan

Kerajaan Negeri akan menunggu laporan dari sudut perundangan sebelum mendedahkan kepada umum punca sebenar kejadian runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abdin, Gong Badak yang berlaku tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kedua belah pihak mempunyai pakar penasihat masing-masing dan tidak perlu terburu-buru membentangkan perkara itu kepada umum.

“Kita perlu meneliti faktor itu terlebih dahulu, Pegawai Penyiasat sedang membuat kajian mengenai masalah tersebut, jika tidak kita boleh berhadapan dengan pelbagai kemungkinan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Dana Tahun Baru Cina 2010 kepada 2,000 penduduk berbangsa Cina daerah ini di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Chukai, semalam.

Menurut Ahmad Said, beliau bersedia mendedahkan punca sebenar keruntuhan stadium itu setelah segala maklumat selesai dikumpulkan melibatkan semua pihak.

“Kita akan panggil media setelah segala-galanya selesai dijalankan, buat masa ini kita hanya perlu menunggu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu buat masa ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment