
“Kami merancang menghidupkan Kampung Cina dengan pelbagai persembahan kebudayaan daripada pelbagai kaum termasuk Melayu dan India secara berterusan. Pada masa sama, di kaki lima sepanjang perkampungan ini, akan dibuka ruang niaga bagi memberi peluang kepada peniaga menambah pendapatan.
“Kami yakin, dengan adanya usaha ini, ia bukan sahaja dapat memperkenalkan perkampungan ini tetapi turut membantu usaha kerajaan menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing ke sini,” katanya.
Beliau berkata sedemikian kepada media ketika ditemui pada Majlis Perarakan Sempena Tahun Baru Cina bersama kakitangan Permai Inn di Kampung Cina.
Chin Yaw berkata, Kampung Cina adalah lokasi strategik dijadikan sebagai salah satu pusat daya tarikan pelancongan kerana faktor lokasi berada di dalam kawasan bandar.
“Pakej paling penting dilihat mampu menarik pelancong adalah dengan kewujudan bangunan lama yang masih tersergam indah.
“Disebabkan itulah, dalam usaha mengekalkan keindahan bangunan sedia ada, kami berusaha mengadakan pertandingan menghias bangunan dan rumah masing-masing bermula tahun ini, sementara sambutan daripada penduduk pula amat membanggakan,” katanya.
Sementara itu, Chin Yaw berkata, sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini dijangka meriah jika dibandingkan tahun sebelumnya dengan perancangan aktiviti bermula Jumaat lalu sehingga menjelangnya perayaan berkenaan.
Chin Yaw turut mengumumkan rumah terbuka yang akan diadakan pada 14 Febuari ini di Dewan Tunku Abdul Rahman, bermula jam 10 pagi hingga 12 tengah hari dan orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis berkenaan.
No comments:
Post a Comment