
"Dalam serbuan di rumah lelaki terbabit pada pukul 8.30 malam itu, polis merampas serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin seberat 29 gram yang diletakkan dalam tujuh botol dan disembunyikan dalam sebuah beg sandang dalam bilik tidur rumah itu," katanya kelmarin.
berkata lelaki terbabit tinggal seorang diri di rumah itu dan siasatan awal polis mendapati dia memperoleh bekalan dadah dengan membelinya sendiri dari negara jiran dan diedar kepada penagih di kampung berkenaan.
Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu ditahan reman sehingga 23 Feb ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
No comments:
Post a Comment