Friday, February 19, 2010

Sedia Laluan Motosikal Di Jambatan Sultan Mahmud














Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri digesa mewujudkan laluan khas untuk motosikal di Jambatan Sultan Mahmud (JSM) di sini bagi untuk mengelakkan lebih banyak kemalangan melibatkan golongan itu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kuala Terengganu ASP Mohd Faudzi Mohammad berkata dalam tempoh Januari tahun ini empat kemalangan motosikal telah dicatatkan berlaku di JSM dan satu daripadanya melibatkan kematian.

"Boleh dikatakan setiap tahun ada sahaja penunggang motosikal yang terkorban dalam kemalangan di jambatan itu," katanya kelmarin.
Mohd Faudzi berkata JSM merupakan salah satu laluan paling sibuk di bandaraya itu terutamanya pada waktu hari-hari bekerja dan musim-musim perayaan.

Beliau turut menggesa pihak berkenaan agar mencari penyelesaian untuk mengatasi kesesakan di beberapa jalan lain seperti Jalan Batu Buruk serta Jalan Gong Kapas.

Mengenai statistik kemalangan pula, Mohd Faudzi berkata sebanyak lapan kemalangan maut telah berlaku di daerah itu sejak awal Januari hingga semalam.

Beliau berkata jumlah itu menurun berbanding 15 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

No comments:

Post a Comment