Oleh: ibnuabbas (tranungkite)
Ada sumber rapat dengan seorang Datuk yang baik dengan YDPA Sultan Mizan memberitahu bahawa Najib akan menghadap baginda tuanku dalam masa yang terdekat untuk memohon agar Menteri Besar Terengganu ditukar.
Hishamuddin Tun Hussein sudah tidak tahan lagi dengan perpecahan yang berlaku dalam Umno Terengganu. Ahmad Said yang menyedari perkara itu sudah tentu akan memikirkan cara terbaik untuk selamatkan kariernya. Kelebihannya ialah Sultan Mizan sangat bencikan Idris Jusoh dan 'team'nya.
Menurut sumber itu lagi, Sultan Mizan sudah bersedia untuk mengarahkan Najib agar benar-benar kembalikan Royalti minyak kepada Terengganu. Kata sumber itu lagi, Sultan Mizan sangat marah apabila mengetahui bahawa Najib hanya mempermainkannya setelah berjanji untuk mengembalikan royalti pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu tahun lepas tetapi ternyata ia hanyalah janji kosong musim pilihanraya. Najib bukan sahaja membohongi rakyat Terengganu , bahkan turut membohongi DYMM YDPA Sultan Mizan.
Menurut sumber itu lagi, Sultan sangat berharap rakyat Terengganu melalui NGO2 tertentu terus memperjuangkan isu royalti minyak sehingga ia benar-benar dikembalikan, bukan lagi retorik politik Umno."
No comments:
Post a Comment