Naib Presiden FAM Datuk Che Mat Jusoh berkata sumbangan itu bertujuan meringankan beban Yahya sekeluarga.
Beliau berkata penderitaan Yahya mendapat perhatian Presiden persatuan Sultan Ahmad Shah yang berdoa penyakit bekas pemain seangkatan Allahyarham Mokhtar Dahari itu cepat sembuh.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan itu kepada Yahya bagi pihak Sultan Ahmad Shah. Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) Sheikh Tahjuddin Sheikh Yusoff dan pemain-pemain bola sepak Terengganu.
Sementara itu Yahya, 57, berkata penyakit yang dihidapinya itu semakin pulih selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan rawatan susulan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu.
"Alhamdulillah ada banyak perubahan berbanding sebelum ini," katanya yang berterima kasih kepada FAM di atas sumbangan tersebut.
Yahya menghidap penyakit itu sejak Oktober lepas.
No comments:
Post a Comment