
Menurutnya, RM23 juta pula diperuntukkan untuk proses pengambilalihan tanah yang telah dilakukan mulai sekarang.
“Kerajaan Negeri sedar, IQ Terengganu ketika ini terpaksa mengambil jumlah pelajar terhad berikutan kawasan kampus dan kemudahan di IQ Terengganu agak kecil meskipun institut ini mendapat permohonan serta permintaan tinggi daripada pelajar.
“Melihat kepada keperluan berkenaan, Kerajaan Negeri memasukkan projek ini dalam perancangan dan hala tuju pembangunan negeri untuk tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pendaftaran Pelajar Baru Program Persijilan dan Kulliyyah al-Furqan sesi 2010 di IQ Terengganu, Padang Midin, di Kuala Terengganu semalam.
Khazan berkata, kampus baru berkenaan turut dilengkapi asrama untuk pelajar dan guru.
Menurutnya, lebih istimewa kewujudan kampus baru itu, IQ Terengganu akan berkemampuan melahirkan pelajar lulusan diploma dan ijazah yang mendapat pengiktirafan serta akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau dahulu dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN).
Mengulas lanjut, Khazan berkata, disebabkan kekangan, kursus yang ditawarkan IQ Terengganu ketika ini dan sebelumnya masih belum mendapat akreditasi daripada MQA.
Sementara itu, Pengarah IQ Terengganu, Abdul Aziz@Ahmad Mohd berkata, jumlah pelajar baru mendaftar untuk tahun ini di IQ Terengganu berjumlah 543 orang, terdiri daripada 286 pelajar lelaki dan 257 pelajar perempuan, sementara jumlah pelajar sedia ada pula berjumlah 818 orang.
No comments:
Post a Comment