Kemana menghilang jurugambar dan wartawan Unit Komunikasi Negeri (UKOM) ketika Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud petang kelmarin?
Tiada kelihatan langsung jurugambar sama ada visual atau still. Malah wartawan UKOM juga tidak kelihatan.
Apa masalah dengan UKOM sekarang? Apakah mereka tidak tahu kepulangan MB dari Jerman yang tiba pada jam 3.40 petang itu.
Pada ketika wartawan dan jurugambar akhbar, televisyen dan agensi berita tempatan sempat bertanyakan MB mengenai lawatan dan cakap-cakap MB akan diganti, UKOM nampaknya seperti ‘çuba menjauhi’ MB.
Suasana di lapangan terbang berkenaan membuktikan MB tetap mendapat sokongan kakitangan kerajaan dan rakyat.
Walaupun tidak dihebahkan, rakyat tetap datang menyambut MB. Malah pegawai kanan TCS turut kelihatan.
Apakah UKOM yang sepatutnya menyokong dan mempertahankan MB kini ‘beralih angin’?
Bukan sahaja MB tidak diberikan perhatian wajar akhir-akhir ini, gambar-gambar lawatan MB ke tempat tertentu kini terpaksa diminta ehsan daripada orang lain kerana jurugambar UKOM nampaknya ‘kurang berminat’.
Malah, beberapa Exco juga khabarnya tidak puas hati dengan UKOM yang dikatakan sering ‘mengabaikan’mereka.
Tanyalah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman, jika tidak benar kedudukan ini.
No comments:
Post a Comment