Sunday, February 28, 2010

Ahmad Said diminta lepas jawatan?

Ada satu blog sengaja memaparkan gambar dan bertanyakan soalan “Siapa MB Terengganu disisi Muhyiddin ?”

Soal pemecatan atau pengguguran Datuk Ahmad Said hangat diperkatakan sekarang dan gambar ini adalah sebagai guruan untuk menghangatkan lagi isu pertukaran MB Terengganu.

Lebih manarik, Sinar Harian, membuat laporan kepulangan Datuk Ahmad Said ke Terengganu memulakan laporan dengan tajuk Ähmad diminta lepas jawatan’.

Entah berapa banyak bayaran diberikan kepada Sinar Harian untuk tajuk sedemikian tidak diketahui.

Sinar Harian mengatakan politik Terengganu kembali panas apabila ada pihak tertentu dikatakan cuba menyebarkan spekulasi termasuk menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kedudukan jawatan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, selepas Mac nanti.

Malah, ada antara SMS itu turut mendakwa bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu telah dinasihatkan supaya melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Ahmad Said ketika diminta mengulas berhubung perkara itu menganggap bahawa serangan politik terhadap beliau yang tersebar sejak beberapa minggu lalu sebagai perkara biasa.

Ditanya mengenai SMS terbaru yang mengatakan beliau diminta meletak jawatan, Ahmad Said bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya meminta wartawan bertanya kepada pihak terbabit.

“Kena tanya orang itulah. Saya tidak mahu ulas benda ini, ia (serangan politik) biasalah. Ada dengar dalam SMS, anda (wartawan) baca sebab tu anda tanya. Tidak mengapalah, saya masih seperti ini,” katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), kelmarin.

SMS yang tersebar sebelum ini, antara lain menasihatkan Ahmad Said meletak jawatan kerana menganggap beliau gagal mentadbir dan mengurus Kerajaan Negeri dengan baik serta efisien.

Malah, tindakan Ahmad Said yang tiada dalam negeri beberapa hari lalu kerana melawat Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Jerman dan menunaikan umrah di Makkah turut dipersoalkan dalam SMS berkenaan.

Ahmad Said tiba petang Jumaat selepas mengadakan lawatan ke Jerman selama empat hari dan menghabiskan masa menunaikan ibadat umrah selama lima hari bersama isterinya, Toh Puan Norliza Mahmud.

No comments:

Post a Comment