Thursday, March 18, 2010

100 kedai T'Shoppe sehingga 2013


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata kerajaan akan membuka kira-kira 100 kedai T'Shoppe di seluruh Malaysia sehingga 2013.

Menurut beliau, ia sebagai saluran untuk usahawan negeri itu memasarkan produk mereka.

Menurut Mohamed, disasarkan 70 peratus daripada produk yang dipasarkan di kedai itu merupakan keluaran PKS.

"Kami kini menawarkan 40 peratus, dengan jualan produk sedemikian antara dua dan empat peratus. Ia masih rendah. Banyak lagi yang perlu dilakukan seperti promosi, menambah baik pembungkusan dan lain-lain lagi," jelas beliau.

Mohamed menyeru PKS di Terengganu supaya menunjukkan komitmen sepenuhnya apabila memulakan sesuatu projek.

"Mereka perlu tahu apa yang mereka mahu dan berusaha sepenuhnya untuk mencapai sasaran mereka. Tiada ruang untuk komitmen tidak bersungguh-sungguh," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri dan agensinya akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada PKS.

No comments:

Post a Comment