Saturday, March 20, 2010

Budak tingkat 16 memang bijak, so what?

Rupanya bijak-bijak semua budak-budak Ahmad Said. Antaranya yang dikatakan ialah ada yang sudah pergi jumpa dan bertemu empat mata dengan ‘orang kepercayaan’ Perdana Menteri.

Tujuannya? Kata satu blog, Budak tingkat 16 @ MB2 ini dikatakan pergi merayu supaya MB Mat Said ‘comfirm’ jadi MB seumur hidup.

Jelas, budak-budak tingkat 16 tidaklah se ‘Bahalol & Bodoful’ seperti dianggap oleh seorang blogger yang menganggap dirinya sebagai yang ‘terbijak dan terpandai’.

Dan kalau mereka bijak, Ahmad Said yang untung. So what?

Dan apabila disebut sebagai Budak tingkat 16@MB2 ini pula, ia tidak lain dan tidak bukan dituju kepada Wan Ahamad Wan Muda – bekas Setiausaha Sulit Menteri Besar Terengganu yang kini Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dan kini blog berkenaan yang dari atas sampai ke bawah entrinya yang ‘kerjanya dok belasah Ahmad Said’ mengatakan budak-budak tingkat 16 menjalankan pelbagai cara merapatkan silaturahim bertujuan mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Salahkah merapatkan silaturahim? Bukan di kalangan pemimpin UMNO dengan UMNO silaturahim cuba dirapatkan tetapi juga dengan pembangkang khususnya PAS.

Hakikatnya, mungkin blogger yang memang ‘terbijak dan terpandai’ ini tidak pernah melihat betapa mesranya Ahmad Said dengan wakil rakyat PAS.

Ahmad Said bukan jenis sesetengah pemimpin yang tidak boleh bertentang mata dengan pemimpin PAS Terengganu – bukan seperti sesetengah pemimpin UMNO yang merasakan merekalah yang terbaik di Terengganu, malah di Malaysia pun!


Ahmad mungkin pernah ajak seorang wakil rakyat PAS ‘bertumbuk di luar dewan’ tetapi ia terhenti setakat itu sahaja. Kini kedua-duanya boleh duduk minum dan berbual ‘semeja’.

Kenapa blogger berkenaan sakit hati sangat Ahmad Said baik dengan pemimpin PAS? Mereka bukan saudara sesama Islam? Atau paling asas – mereka bukan Melayu? Mereka bukan sedaerah dan senegeri?

Persoalannya salahkah merapatkan silaturahim. Allah tegahkah berbuat demikian? Dan Allah suruhkah kita memutuskan silaturahim dan membuat pelbagai tohmahan dan fitnah kepada orang lain seperti yang dibuat oleh blogger berkenaan?

Terkejut juga bila blogger ini mengiktiraf budak-budak Mat Said bijak, khususnya Budak tingkat 16@MB2 yang dikatakan berusaha merapatkan Ahmad Said dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Kenapa mahu persoal atau cemburu?

Hakikatnya kini tembelang puak-puak yang disokong oleh blogger berkenaan dan terburai.

Mereka tidak boleh lagi menceritakan yang karut marut kerana budak-budak Ahmad Said dan Menteri Besar sendiri menerangkan yang sebenarnya berlaku di Terengganu.

Bukan sahaja tugas Ahmad Said jangan diganggu tetapi tugas Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga jangan diganggu.

Yang penting UMNO stabil. Soal perlantikan dan pemecatan Ahmad Said serahkan kepada Perdana Menteri dan istana.

Kalau ganggu-gugat atau membuat desakan sekali pun, bukit yang disalak tidak akan bekesan apa-apa!

Najib dah tahu taktik mereka yang selama ini berusaha memujuk pegawai Najib menghalang Ahmad Said bertemu dengannya kemudian mereka mereka-reka cerita kononnya Amad Said dibenci PM.

Najib dan Ahmad Said tidak ada masalah. Mereka baik ketika pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Mereka juga baik ketika Najib umumkan untuk menjadi Presiden UMNO ketika mengumumnnya di Kuala Terengganu.

Jahatnya sesetengah orang ialah membuat dakwaan kononnya kerana kebencian Perdana Menteri, Ahmad Said tidak pernah dibawa oleh PM dalam lawatannya ke luar negara.

Cara murahan. Hakikatnya, adalah menjadi hak PM untuk bawa siapa-sisapapun dan difikirkan sesuai.

Mungkin sebelum ini tidak sesuai. Selepas ini bagaimana?

Dan menjadi tugas Budak tingkat 16 untuk merapakan hubungan silaturahim Ahmad Said dengan sesiapa juga – termasuk PM@NajibRazak.

Ternyata Budak tingkat 16 lebih bijak untuk menyatakan yang benar mengenai Ahmad Said dan kerja memburukkan Ahmad Said di depan Najib sudah berakhir.

Kini sedang ditunggu apa tindakan Najib terhadap mereka yang sering membuat ‘onar’ dan ‘kacau bilau’ politik Terengganu.

Semua mereka kini berdebar-debar tunggu nak kena ‘sound’ oleh Najib dan bagi Ahmad Said, tugas nak ‘sound’ itu juga prerogative Perdana Menteri.

Bergantung kepada Najiblah nak buat atau tidak. Yang penting bagi Ahmad Said, benang kusut sudah dileraikan.

Najib faham apa yang mahu dijalankan oleh Ahmad Said dan Ahmad Said pula faham dan akan memberikan sepenuh sokongan kepada Perdana Menteri.

No comments:

Post a Comment