
"Oleh yang demikian saya mengingatkan semua pihak bahawa polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu," katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Terengganu.
Sebelum ini dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Majlis Permuafakatan Rakyat (Mampat) dan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti (Gegar) bercadang untuk menghimpun 10,000 orang bagi menyambut keberangkatan tiba Tuanku Mizan, dan menyerahkan memorandum bantahan isu royalti minyak kepada Seri Paduka.
No comments:
Post a Comment