Monday, March 1, 2010

Fama Terengganu Sasar Jualan Pasar Tani Cecah RM18 Juta Tahun Ini

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu mensasarkan hasil jualan pasar tani di sekitar negeri ini akan meningkat kepada RM18 juta tahun ini berbanding RM16 juta pada tahun lepas.

Timbalan Pengarah (Pembangunan) Fama negeri Shahlan Kusaseh berkata sasaran itu berdasarkan penambahan enam buah pasar tani baru tahun ini.

"Tahun ini jumlah pasar tani meningkat daripada 10 buah kepada 16 buah, apabila enam buah lagi pasar tani baru akan diwujudkan dengan anggaran peserta seramai 800 orang," katanya kelmarin.
Beliau sebelum itu mengiringi Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Kuala Terengganu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh melawat pasar tani Padang Hiliran.

Shahlan berkata enam buah pasar tani yang akan diwujudkan itu ialah di Bukit Payung, Kuala Telemong, Lorong Budiman, Pulau Serai, Manir dan Gong Badak.

Selain memasarkan produk segar, Shahlan berkata Fama juga akan mengadakan promosi berkaitan ubat tradisional dan pokok bunga bagi menarik lebih ramai orang mengunjungi pasar tani.

No comments:

Post a Comment