Monday, March 1, 2010

Kerajaan Negeri prihatin rakyat





















Menteri Besar menyampaikan
bantuan kepada warga emas ketika Program Juara Rakyat (Bulan Kebajikan) di Kospint Serada. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Oleh : SURIATI BINTI ALI (UKOM)

Kerajaan negeri menolak tohmahan segelintir masyarakat yang menyatakan Terengganu sebagai `negeri kebajikan’ di mana gemar menghulurkan bantuan kepada rakyat sehingga golongan itu menjadi malas bekerja dan manja.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, setiap bantuan yang diberi, pihaknya terlebih dahulu menyiasat latar belakang keluarga penerima dan bukan secara sewenang-wenangnya menghulurkan mana-mana bantuan.

Katanya, dalam perkara ini tidak timbul soal negeri kebajikan kerana apa yang ingin ditonjolkan adalah keprihatian kerajaan dan pemimpin kepada rakyat.

“Kita tidak serik membantu rakyat dan tetap memberi perkhidmatan terbaik dalam apa jua kaedah sekali pun. Sehingga hari ini, kira-kira 25 ribu termasuk 16 ribu penerima bulanan memperoleh bantuan masing-masing di bawah Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM). Jumlah itu melibatkan kos RM48 juta setahun.

“Walaupun kos yang dikeluarkan itu nampak agak besar, ia tidak menjadi beban kepada kerajaan kerana mengetahui rakyat memerlukannya untuk keperluan harian,” katanya kepada sidang media sempena Program Juara Rakyat bertemakan kebajikan di Dewan Sekolah Menengah Imtiaz (Kospint), Serada, Kuala Terengganu, hari ini (27 Februari).

















Dato' Ahmad Said berbincang
sesuatu dengan YB Yahya Khatib dan YB Alias Abdullah.

Kira-kira 6,000 termasuk 2,500 penerima bantuan JKM bagi Adun Alor Limbat dan Adun Bukit Payong hadir di majlis yang turut diselitkan pameran agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
















Dato' Ahmad Said dan Dato' Abdul Rahman Bakar disambut meriah di Beladau Kepong.


Selepas itu, Ahmad Said bergegas ke Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Balai Raya dan Tabika Kemas di Beladau, Kepong, Marang yang dihadiri hampir 5,000 penduduk setempat.

Hadir sama kedua-dua majlis, Isteri Menteri Besar, To’ Puan Norliza Mahmud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri , YB Yahya Khatib Mohamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Alor Limbar, YB Alias Abdullah.














Balairaya baru dan Tabika Kemas untuk penduduk Beladau Kepong, Marang.


Tetamu lain, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Marang, Razali Idris dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, To’ Puan Zaitun Mat Amin dan Ketua Puteri Umno Marang, Marina Endut.

Masyarakat Alor Limbat yang hadir pada kedua-dua majlis itu menyatakan rasa bangga dan terharu kerana pemimpin utama negeri sanggup turun padang bagi mengetahui masalah dan apa kehendak rakyat.

No comments:

Post a Comment