Wednesday, March 10, 2010

Harapan Anuar Manan kepada Ahmad Said

Hasrat bukan kecil. Harapan tinggi menggunung.

Bukan Anuar Manan sahaja yang berharap, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek juga demikian.

Anuar Manan yang mewakili pasukan Geumsan Asia pula menjadi pelumba tempatan pertama memenangi jersi hijau (Raja Pecut) dalam sejarah LTdL yang dianjurkan sejak 1996.


Malah, rakyat Terengganu seluruhnya akan bangga jika tahun depan pasukan Terengganu dapat bertanding dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL).

Anuar berkata beliau gembira dengan janji Menteri Besar dan berharap ia pencetus kepada peningkatan sukan lumba basikal di negeri ini.

Ahmad Shabery pula mengalu-alukan hasrat kerajaan negeri Terengganu dan berharap usaha itu akan menjadi satu lagi kejayaan bidang sukan negeri dan negara.

Kerajaan Terengganu sudah mengumumkan bercadang untuk mewujudkan satu pasukan sukan lumba basikal negeri bagi menyertai pada tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata bakat dan kebolehan yang ditunjukkan oleh pelumba tempatan begitu menyerlah dan mereka perlu diberi peluang untuk berada dalam satu pasukan yang mewakili negeri kelahiran mereka.

Pada perlumbaan LTdL baru-baru ini, lapan pelumba yang menyertai pasukan-pasukan profesional adalah anak Terengganu sendiri. Malah lima daripada enam pelumba dalam pasukan Malaysia adalah anak Terengganu.

Hari ini, ketika melawat keluarga Anuar Manan di Kuala Terengganu, Ahmad Shabery berkata, hasrat kerajaan negeri amat dialu-alukan.

Dengan jaminan kerajaan negeri untuk menyediakan gaji kepada pelumba, usaha ini akan lebih menampakkan kejayaan, katanya.

Baru-baru ini, Presiden Persatuan Lumba Basikal Malaysia, Haji Abu Samah Wahab, melahirkan rasa gembira dengan hasrat kerajaan negeri ini untuk menubuhkan pasukannya sendiri dan berharap ianya ditangani secara bersungguh-sungguh.

“Saya harap hasrat ini menjadi kenyataan dan Terengganu perlulah mencari jurulatih professional bagi membimbing pasukannya nanti kerana telah pun dibarisi pelumba hebat,”
katanya.


Shabery pula berkata kejayaan pelumba negara Anuar Manan akan memberi inspirasi kepada pelumba lain.

Anuar akan memberi dorongan kepada golongan belia dan remaja lain untuk bersedia melakukan pengorbanan semata-mata untuk mengharumkan nama negara.

"Kemunculan Anuar, walaupun mewakili pasukan berstatus benua luar negara, tetap dianggap besar," katanya.

No comments:

Post a Comment