Thursday, March 11, 2010

Bayaran Zakat Melalui Kad Kredit

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini memperluaskan saluran bayaran zakat menerusi penggunaan kad kredit bagi memudahkan pembayar zakat di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM Wan Harujan Sulaiman berkata untuk permulaan kemudahan itu disediakan di kaunter terpilih iaitu di ibu pejabat MAIDAM, kaunter zakat di Surau Syed Saggaf, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, dan kaunter zakat di Jalan Lebai Saras, serta kaunter zakat di Kerteh dan Kemaman.

"Dengan langkah terbaru kita ini, pembayar zakat tidak lagi perlu untuk membawa wang tunai yang banyak untuk menunaikan kewajipan zakat di kaunter zakat terpilih," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu katanya, zakat juga boleh dibayar menggunakan kad ATM atau MEPS, atau melayari laman web agensi zakat seperti www.bankislam.biz, www.rhbbank.com, www.mybank2U.com, www.cimb.com dan www.bankrakyat.com.

"Adalah diharapkan dengan usaha MAIDAM mewujudkan pelbagai saluran bayaran ini dapat membantu pembayar-pembayar zakat atau orang Islam yang masih belum menunaikan zakat dapat melaksanakan kewajipan ini tanpa sebarang masalah atau kesulitan," katanya.

No comments:

Post a Comment