Wednesday, March 17, 2010

Ladang Nenas, Kelapa Pandan di Setiu


Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata di bawah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tahun ini, Kerajaan Negeri akan membuka ladang nanas seluas 202 hektar di Kampung Pancur Berderu, Setiu menjelang pertengahan tahun ini.

“Pada masa sama, kita juga akan membuka ladang kelapa pandan di Setiu di mana setiap 40 hektar tanah akan ditanam dengan 100 batang pokok kelapa.

“Tahun ini juga kita akan mulakan projek tanaman jagung hibrid di atas tanah seluas 202 hektar di Hulu Terengganu di mana setiap keluarga kita akan berikan dua hektar tanah untuk mereka usahakan dengan tanaman tersebut. Setiap 0.4 hektar tanah boleh ditanam dengan 9,000 pokok jagung hibrid,” katanya.

Beliau berharap menerusi bantuan projek tanaman jagung itu, ia dapat menjadi titik permulaan dalam usaha melahirkan petani berjaya yang boleh meraih pendapatan sehingga RM10,000 sebulan hasil jualan jagung hibrid itu.

No comments:

Post a Comment