Wednesday, March 3, 2010

LTdL: Malaysia Kekal Pasukan Terbaik Asia




Skuad kebangsaan mengekalkan posisi selaku pendahulu pasukan terbaik Asia setelah berakhirnya peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) di Chukai, Kemanan, petang semalam.

Mereka berjaya meraih masa 12 jam 29 minit dan 51 saat untuk mengumpul masa keseluruhan


25:38:30s mengatasi 11 pasukan dari Asia yang lain.

Seperti semalam, tiga pelumba skuad kebangsaan iaitu Mohd Zamri Salleh, Amir Mustafa Rusli dan Mohd Akmal Amrun berjaya menempatkan diri di dalam kelompok terbaik 20 pelumba.

"Saya merasakan pada tahun ini pasukan kebangsaan akan dapat memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan lain kerana empat peringkat awal merupakan laluan landai," kata Mohd Zamri kepada pemberita selepas perlumbaan.

Katanya seperti dua peringkat awal, mereka akan mencuba untuk melakukan pecahan bagi membuka peluang untuk meraih mata di zon pecutan dan bukit.

Pelumba kelahiran Terengganu itu merupakan pelumba terbaik pasukan kebangsaan pada hari ini apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 di belakang dua pelumba Malaysia yang mewakili pasukan luar negara iaitu Anuar Manan (tempat ke-4) dan Adiq Husainie Othman (tempat ke-9).

Untuk kedudukan keseluruhan, pasukan kebangsaan turun ke tangga kelima daripada tempat kedua pada peringkat pertama sekaligus menuntut usaha yang lebih keras daripada mereka untuk memastikan sasaran tempat ke-12 tercapai.

Sementara itu, jurulatih pasukan kebangsaan William Walker berpuas hati dengan prestasi anak buahnya itu selepas dua peringkat.


"Bagi esok, kami akan gunakan strategi sama sejak dua hari lepas untuk melakukan pecahan dan mungkin mendapatkan mata daripada kategori pecut dan Raja Bukit (KOM).

"Mungkin kami mampu muncul antara lima pelumba terbaik dan melakukan penyudah podium," katanya.

Perlumbaan peringkat ketiga LTdL esok akan bermula di Pekan, Pahang dan berakhir di Mersing, Johor sejauh 145.6km melibatkan 112 pelumba daripada 20 pasukan.

No comments:

Post a Comment