Harga ikan didapati lebih mahal di sesetengah negeri diikuti dengan bekalan ikan yang berkurangan, sementara di negeri lain keadaan harga dan bekalan kekal seperti biasa.
Harga ikan kekal seperti biasa di Terengganu dengan tiada masalah bekalan dilaporkan, menurut jurucakap Kompleks Pendaratan Ikan Pulau Kambing.
Seorang penjual ikan di Pasar Payang di Kuala Terengganu, Ismail Awang berkata harga beberapa jenis ikan hari ini rendah kerana bekalan melebih dari permintaan.
"Contohnya harga ikan tongkol turun daripada RM7 sekilo kepada RM5 sekilo dan ikan kembong kepada RM9 sekilo daripada RM10 sekilo," katanya.
Namun beliau berkata ikan kelas A seperti ikan tenggiri terpaksa dibawa masuk daripada luar kerana tenggiri tempatan tiada dalam pasaran.
Jurucakap Kompleks Pendaratan Ikan Pulau Kambing berkata bekalan ikan di Terengganu masih stabil.
Tinjauan Bernama di sekitar Kuala Lumpur, harga ikan kembong dan kerisi didapati dijual dengan harga RM10 sekilogram Selasai berbanding RM7 sekilogram minggu lalu.
Tenggiri pula naik dari RM18 kepada RM20, selar dari RM8 kepada RM12 dan ikan merah dari RM20 kepada RM24.
Seorang peniaga di Pasar Datuk Keramat di sini berkata bekalan ikan import memang berkurangan sehingga menyebabkan peniaga terpaksa menaikkan harga.
"Kami bukan saja-saja mahu naikkan harga. Naik pun tak banyak, dalam seringgit dua sahaja kerana kami terpaksa menampung kos akibat kenaikan harga yang dikenakan pembekal," kata peniaga tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Manah.
Seorang peniaga ikan bakar di pasar yang sama pula berkata, dia terpaksa menaikkan harga ikan bakarnya kerana harga ikan yang lebih mahal.
"Dahulunya saya beli lima ekor ikan terubuk dengan harga RM300. Tetapi kini harganya meningkat pada RM350. Jadi terpaksalah saya naikkan harga ikan bakar saya. Ada pelanggan merungut, tetapi nak buat macam mana kerana kami tidak mahu rugi," kata Aesah.
Bekalan ikan import dari Thailand dan Indonesia berkurangan berikutan pengimpot dan pemborong ikan tempatan enggan menggunakan kotak ikan berinsulasi bergred makanan yang berkuat kuasa semalam, kerana mereka berpendapat penggunaan kotak tersebut akan meningkatkan kos mereka dan sekaligus akan menaikkan harga ikan di pasaran.
Seorang pembeli berharap kerajaan akan memantau harga di pasaran kerana khuatir peniaga akan menaikkan harga ikan sesuka hati berikutan isu tersebut.
"Mungkin ada peniaga yang akan menyalahgunakan keadaan dengan menaikkan harga untuk keuntungan mereka. Saya harap pemantauan perlu dilakukan secepat mungkin agar pembeli tidak ditindas," katanya yang enggan dikenali.
Di Kedah, bekalan ikan import di pasar-pasar basah juga dikatakan berkurangan dan hanya mencukupi untuk dua tiga hari sahaja lagi.
"Kami jangka jika tiada ikan import, bekalan ikan akan berkurangan dan harga ikan akan naik," kata para peniaga di pasar di Alor Setar dan Jitra.
Di Kelantan, para peniaga di Pasar Siti Khadijah turut tidak menjual ikan basah.
Namun menurut Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kelantan, Abdullah Rashid, sebanyak 750 kilogram ikan import dibawa masuk melalui Pengkalan Kubur petang semalam dengan menggunakan tong plastik berinsulasi dan 41,500 kilogram lagi dibawa masuk melalui Kompleks Imigresen Rantau Panjang.
Keadaan biasa pula dilaporkan wujud di Perlis di mana para peniaga masih mendapat bekalan ikan seperti biasa tanpa sebarang kenaikan harga.
"Mungkin ada peniaga yang akan menyalahgunakan keadaan dengan menaikkan harga untuk keuntungan mereka. Saya harap pemantauan perlu dilakukan secepat mungkin agar pembeli tidak ditindas," katanya yang enggan dikenali.
Katanya dari hasil pemantauan di Seberang Perai dan di bahagian pulau, peniaga tidak menaikkan harga ikan.
"Hanya ikan bawal hitam di sebuah pasar di bahagian pulau sahaja dinaikkan harga daripada RM18 sekilogram kepada RM22 sekilogram," katanya.
Beliau berkata bekalan ikan tidak terjejas ketika ini kerana kebanyakan ikan beku yang dijual adalah bekalan yang diimport minggu lepas.
Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Pinang, Raja Kahalid Raja Ariffin turut menegaskan negeri itu tidak terlalu bergantung kepada sumber ikan diimport.
"Saya difahamkan setakat ini keadaan seperti biasa kerana kita juga mendapatkan sumber ikan daripada negeri lain. Kita tidak terlalu bergantung kepada sumber dari negara luar," katanya.
No comments:
Post a Comment