MB minta rakyat jangan jual tanah diberi kerajaan
Penduduk di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai diingatkan agar tidak menjual tanah tapak rumah yang diberi Kerajaan Negeri demi memastikan masa hadapan mereka terjamin.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata menyalahgunakan tanah tapak rumah dengan menjual atau mencagarnya kepada pihak berkaitan membawa risiko tinggi kepada yang terlibat kerana pelbagai kerugian akan di-tanggung oleh kedua-dua belah pihak.
“Tanah yang diberi cuma 10 peratus daripada nilai semasa, Kerajaan beri tanah bukan untuk dibuat pelbagai spekulasi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyampaian Hak Milik Tanah kepada pemilik tanah melibatkan 203 penerima di DUN Chukai di pekarangan Pejabat DUN Chukai.
Menurutnya, dalam tempoh 10 tahun, semua penerima tidak boleh menjual tanah atau digadaikan kerana semua perkara tersebut termaktub dalam undang-undang.
“Dapat tanah biarlah dibina rumah kediaman, penggunaan tanah biarlah semaksimunnya, ini bagi memastikan rakyat dapat memperoleh tanah mereka di negeri ini,” katanya.
Sementara itu menurut penerima geran, Baharudin Mohd, 43, dia akan menggunakan tanah yang diberi kepadanya untuk dibina sebuah Rumah Mesra Rakyat yang telah lama diidamkan olehnya sekeluarga.
“Sebelum ini saya hanya menyewa rumah dengan kadar sewa RM250 sebulan, tanah seluas 0.8 hektar itu diberi kepada saya di Kam-pung Fikri, Chukai,” katanya yang kini tinggal di Kam-pung Darat, Air Putih.
Menurutnya, dia telah lama membuat permohonan untuk diberi sebidang tanah memandangkan proses memohon tanah memakan masa yang lama.
“Dahulu saya pernah membuat permohonan untuk tanah kawasan perta-nian, dengan bantuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) saya membuat permohonan untuk tanah bagi dibina sebuah rumah, Alhamdulillah, hajat itu telah tercapai pada hari ini (semalam),” katanya.
Bagi Rozilatiakma Norazman, 26, yang mewakili suaminya, Zakaria Mohd, 29, berhasrat membina rumah di tanah yang diberikan di Bukit Mentok,
“Tanah seluas 660 meter persegi ini akan dibina rumah kerana selama ini saya hanya menyewa dengan kadar RM300,” katanya.
No comments:
Post a Comment