Pengerusi AmBank Group Tan Sri Azman Hashim berkata pakej pembiayaan istimewa – tanpa cagaran - ditawarkan secara eksklusif kepada bakal pemegang francais 7-Eleven.
Ia bertujuan membantu calon yang sesuai untuk mengambil bahagian dalam program ini.
AmBank telah meluluskan pembiayaan francais kepada 30 kedai di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Terengganu Pakej pinjaman itu adalah untuk membiaya sebahagian daripada yuran francais, bayaran bekalan dan deposit sekuriti, katanya.
"Pakej pembiayaan adalah fleksibel dengan empat pelan berlainan dengan pinjaman bernilai antara RM100,000 hingga RM175,000 untuk keperluan pembiayaan yang berlainan," kata Azman.
Tiada cagaran diperlukan dan kadar faedahnya berdaya saing, kata beliau.
7-Eleven Malaysia Sdn Bhd, penggendali rangkaian 7-Eleven di negara ini, menjangka memeterai perjanjian dengan 200 pemegang francais menjelang akhir tahun, kata pengerusi Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun Khamis.
Setakat ini, terdapat 110 pemegang francais di bawah program ini, di mana 10 daripadanya telah memulakan operasi kedai 7-Eleven mereka, kata Tan.
"Kami menjangka untuk memeterai perjanjian dengan 200 pemegang francais 7-Eleven menjelang akhir tahun dan meningkatkan bilangan kedai francais sebanyak 50 peratus daripada jumlah kedai," katanya pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Ambank (M) Bhd dan 7-Eleven Malaysia untuk pembiayaan pakej pemegang francais 7-Eleven.
Setakat ini terdapat lebih 1,100 kedai 7-Eleven di seluruh negara.
Tan berkata syarikat itu merancang untuk mengembangkan jaringannya dengan meningkatkan bilangan kedai kepada lebih 2,000 dalam beberapa tahun ini.
"Kedai kami kini kebanyakannya dimiliki oleh syarikat, tetapi kami mahu berkongsi pertumbuhan kami dengan usahawan Malaysia menerusi program francais ini," katanya.
Boleh ke kalau saya nk buat pinjaman untuk membuka franchise 7e Tampa sebarang modal. Tq
ReplyDeleteSyarikat kami berminat hendak menbuka 7-elevan.bagai mana caranya
ReplyDelete