Saturday, March 6, 2010

Mydin Dijangka Raih Keuntungan Sebelum Cukai Sebanyak RM60 Juta

Mydin Mohamed Holdings Bhd dijangka meraih keuntungan sebelum cukai sebanyak RM60 juta bagi tahun kewangannya berakhir 31 Mac ini, kata Pengarah Urusannya Datuk Ameer Ali Mydin.

Ameer Ali berkata keuntungan itu merupakan peningkatan 10 peratus daripada keuntungan sebelum cukai yang diraih pada tahun sebelumnya.

"Alhamdulillah keuntungan ini berdasarkan kepada sambutan baik masyarakat terhadap semua pasaraya kami di seluruh negara.

"Walau pun berlaku kelembapan ekonomi global, namun pasaraya kami tetap mendapat kepercayaan masyarakat yang percaya kepada konsep membeli barangan secara borong," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pasaraya Besar Mydin Kubang Kerian hari ini.

Pasaraya itu merupakan pasaraya besar Mydin ke-empat dan yang ke-50 rangkaian pasarayanya di seluruh negara.

Selain di sini, tiga pasaraya besarnya terletak di Subang Jaya, Terengganu dan Melaka.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk membuka empat lagi pasaraya besar, iaitu di Johor Baharu, satu lagi di Terengganu, Kuantan dan Ipoh.

"Selain pembukaan pasaraya besar ini, kami juga turut ingin melebarkan operasi dengan membuka sebanyak 20 lagi pasar raya Mydin di seluruh negara dalam tempoh terdekat ini," katanya.

Menurutnya Kelantan juga bakal mendapat satu lagi pasarayanya yang merupakan yang terbesar di negeri itu, yang bakal beroperasi pada 2012 di Bandar Baru Tunjung di tanah seluas 7.2 hektar membabitkan pelaburan sebanyak RM200 juta.

Mengulas pembukaannya di sini, Ameer Ali berkata pihaknya memperuntukkan kos RM60 juta di tapak seluas 135,000 kaki persegi.

"Seramai 550 rakyat tempatan telah diambil untuk bekerja di pasar raya besar ini," katanya.

Katanya Mydin telah membeli produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di seluruh negara sebanyak RM80 juta dan juga seramai 180,000 pelanggannya telah memiliki Kad Mydin.

1 comment:

  1. Hari yang baik untuk anda semua Saya Mr Jack Warmer , yang sah , wang bereputasi Lender . Kami memberi pinjaman kepada syarikat Perniagaan Lelaki dan wanita yang transaksi perniagaan, kami memberi pinjaman jangka panjang selama tiga hingga 30years maksimum dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 3%, dalam ini, anda juga boleh memberitahu kami jumlah yang anda perlukan sebagai pinjaman. Pinjaman yang diberikan pada Pounds euro dan $ USD maksimum yang kita berikan adalah 500,000,000 kedua-dua dalam pound EURO dan $ USD dan minimum £ 5000 euro dan USD $ jadi jika benar-benar anda berminat hubungi kami di ( jackwarmer1loanlender@gmail.com ) selama lebih maklumat mengenai bagaimana untuk mendapatkan pinjaman.

    ReplyDelete