Kerajaan Negeri akan terus memberi fokus kepada kebajikan rakyat dalam usaha mengatasi masalah miskin tegar di negeri ini dengan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, projek kebajikan itu melibatkan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), baik pulih rumah dan pembahagian atap kepada keluarga yang layak menerima bantuan.
“Kita mahukan setiap rakyat negeri ini diberi keutamaan kerana tanggungjawab kita adalah untuk menyediakan kemudahan dan keselesaan bagi menjamin produktiviti rakyat pada masa akan datang.
:“Kita perlu membuktikan kepada rakyat dengan setiap janji diberikan sebelum ini bagi mengelakkan rakyat tidak percaya kepada kita apabila pilihan raya umum nanti,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PPRT dan Kerusi Roda kepada warga emas di Kampung Baru, Seberang Takir, semalam.
Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir berkata, pada tahun ini Kerajaan Negeri me-ngambil keputusan untuk memperuntukkan sebanyak 10 buah rumah PPRT dan 10 buah rumah untuk dibaiki bagi setiap DUN.
:“Selain peruntukan Kerajaan Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) tidak terkecuali memberi bantuan di samping bantuan Giat Mara dan Felcra,” katanya.
Sementara itu, bagi Sulung Yunus, 75, penan-tian untuk mendapatkan rumah baru akhirnya tercapai apabila permoho-nannya mendapat kelulu-san Kerajaan Negeri.
“Dengan rumah bernilai RM33,000 itu, pasangan suami isteri yang telah kematian anak dapat memulakan hidup baru kerana selama ini hanya tinggal di kediaman yang sangat daif.
“Bagi Yunus, bantuan rumah PPRT ini sekurang-kurangnya boleh memberi satu suasana selesa kerana setelah diserang penyakit strok sejak Mei 2009 segala pergerakannya terbatas.
:“Saya hanya mengharapkan bantuan isteri sahaja untuk menguruskan segala keperluan diri dan berterima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri untuk menyediakan rumah yang selesa,” katanya.
No comments:
Post a Comment