Sunday, March 21, 2010

Pasar Payang sesak diserbu peminat batik, sutera

(Utusan Malaysia)

Tidak sah rasanya jika berada di negeri ini sekiranya tidak singgah di Pasar Besar Kedai Payang di sini, yang sememangnya terkenal sebagai lokasi 'wajib' dikunjungi setiap kali tiba musim cuti.

Mana tidaknya, daripada barangan kelengkapan rumah, pakaian hingga kepada makanan tradisional turut dijual di pasar tersebut yang terkenal dengan jolokan 'syurga batik dan sutera'.

Tinjauan Utusan Malaysia ke pasar tersebut untuk melihat kemeriahan pasar yang sesak dikunjungi oleh pengunjung yang rata-ratanya dari luar negeri sememangnya sudah dijangka apabila pengunjung menunggu di depan deretan kedai yang masih belum dibuka seawal pukul 8.30 pagi lagi.

Paling mendapat tumpuan ialah kedai batik dan sutera di mana rata-rata pengunjung kelihatan rambang mata apabila melihat pelbagai corak, warna dan jenis batik yang dipamerkan selain tawaran potongan harga yang tinggi.

No comments:

Post a Comment