Sunday, March 21, 2010

Sektor pelancongan dijangka sumbang RM2.8 bilion kepada Terengganu

Sektor pelancongan dijangka menyumbangkan hasil sebanyak RM2.8 bilion kepada kerajaan negeri Terengganu tahun ini berbanding RM2.6 bilion tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Datuk Za”abar Mohd Adib berkata jangkaan itu berdasarkan keadaan semasa ekonomi global semakin pulih selain bebas daripada sebarang wabak penyakit berjangkit seperti H1N1.

"Tahun lepas kedatangan ke negeri ini merosot disebabkan penyakit H1N1.

Bagaimanapun, masalah itu sudah diatasi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Fiesta Bulan Candat Sotong 2010 di Kuala Terengganu petang semalam.

Beliau berkata kerajaan negeri mensasarkan seramai empat juta pelancong akan datang ke Terengganu tahun ini berbanding 3.3 juta dengan 80 peratus daripadanya adalah pelancong domestik.

Katanya, bagi memantapkan lagi sektor pelancongan di negeri ini, kerajaan negeri telah menyusun pelbagai program bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini.

No comments:

Post a Comment