Monday, March 1, 2010

PMINT Kenalpasti 50 Keluarga Kg Ladang Dipindahkan Ke Penempatan Baru

Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah mengenalpasti 50 keluarga dari Kampung Ladang di sini, untuk dipindahkan ke penempatan baru di Flat Ladang Gemilang bermula April ini.

Timbalan Pengurus Besar (Perancangan dan Pembangunan) PMINT M. Harith Hassan berkata perpindahan itu bagi membolehkan kampung tersebut dibangunkan dengan kediaman serba moden termasuk rangkaian kedai.

Langkah ini adalah sebahagian daripada penstrukturan semula penempatan oleh kerajaan Terengganu dalam usaha membangunkan Bandaraya Warisan Pesisir Air itu ke tahap yang lebih baik, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Guru-guru Pembimbing bagi Program Usahawan Muda (PUM) dan Program Perintis Usahawan (PPU), kelmarin.

Mengulas mengenai flat yang akan menjadi kediaman baru 50 keluarga tersebut, M. Harith berkata ia terdiri daripada 192 unit kediaman kos rendah dan 88 unit kos sederhana.

Mengenai isu berlainan, M. Harith berkata PMINT telah memperuntukkan RM11.7 juta bagi program pembangunan usahawan di Terengganu tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM5 juta untuk premis perniagaan usahawan, RM4.2 juta untuk penjenamaan semula pengusaha kecil makanan dan RM2.5 juta adalah untuk program latihan keusahawanan, katanya.

"Kita juga sedang merancang untuk mengadakan sebanyak 31 aktiviti dengan kos RM1.66 juta serta 13 aktiviti lain bagi PUM dan PPU melibatkan perbelanjaan RM900,000," katanya.

Program hari ini yang dianjurkan PMINT bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) itu disertai 124 guru pembimbing dari 68 buah sekolah menengah dan rendah seluruh Terengganu.

"Saya berharap peserta seminar dapat menghayati falsafah pelaksanaan program ini sepenuhnya kerana komitmen guru-guru pembimbing dalam menjayakan pelaksanaan program yang telah disusun itu akan dapat melahirkan usahawan yang berdaya maju dan berkualiti," katanya.

2 comments:

  1. Hello, Saya Puan Heather Putih, syarikat pinjaman pinjaman peribadi. Kami sedang dan pakar dalam memberikan yang akhir pinjaman tahun ini, pinjaman Krismas, tahun pinjaman baru untuk anda untuk membayar apa-apa pinjaman koperasi yang anda sedang berada di sekarang kita memberikan pinjaman peluang seumur hidup untuk anda untuk membayar bil-bil anda dan hutang peribadi dan memiliki perniagaan anda. pinjaman diberi kepada individu dan syarikat pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel: (qualityloanfirms@asia.com)
    (heatherwhiteloanltd@gmail.com). Datang dan perbezaan pengalaman dalam perkhidmatan kami.

    ReplyDelete
  2. Ini adalah untuk memaklumkan kepada lelaki awam atau wanita yang sihat dan 100% serius
    untuk menderma buah pinggang mereka perlu segera menghubungi Dr.
    johnson, saya seorang Nefrologi di Hospital Besar ..
    Oleh kerana kami mempunyai banyak pesakit yang berada di sini untuk pemindahan buah pinggang, Adakah
    anda memohon peluang untuk menderma buah pinggang anda untuk wang kerana
    rehat kewangan ke bawah, hospital kami adalah khusus dalam Buah Pinggang Pembedahan / pemindahan
    dan rawatan organ lain, kami juga berurusan dengan membeli dan pemindahan buah pinggang
    dengan ruang tamu dan donor.we sihat menawarkan $ 400,000.00 USD untuk buah pinggang anda Jika
    anda berminat untuk menderma buah pinggang anda sila tidak teragak-agak untuk
    hubungi kami melalui E-mel; generalhospital121@gmail.com

    ReplyDelete