
Katanya, seramai lebih kurang 150 hingga 180 peserta wakil negara Asean dijangka hadir.
“Simposium kali ke-3 ini menjanjikan kelainan kerana kami menjangkakan bukan hanya negara Asean akan mengambil bahagian, malah rakan serta penyokong negara Asean juga turut terbabit secara langsung.
“Sepanjang tempoh dua hari simposium berlangsung, sebanyak 14 sehingga 16 kertas kerja dibentangkan. Kami harap hasil pembentangan ini dapat memberi input baru

Katanya, negeri ini dipilih sebagai tuan rumah simposium kali ini kerana Terengganu terkenal dengan keunikan hasil tekstil terutama songket dan batik.
Menurutnya, simposium kali ini bukan sekadar memfokuskan perbincangan dan pertukaran idea berkenaan batik dan songket sahaja, malah ia turut menganjurkan demonstrasi kraf tangan serta seni ukiran yang terkenal di negeri ini seperti tembaga dan anyaman.
Mohamed berkata, laman web yang akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat akan digunakan sebagai medium utama mempromosikan simposium kepada seluruh negara Asean.
Sebelum ini, simposium pertama dianjurkan di Jakarta dan hanya enam negara Asean sahaja menyertainya, manakala simposium kali kedua di Manila membabitkan keseluruhan negara Asean kecuali Laos.
No comments:
Post a Comment