Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata sebelum ini atlet yang berjaya

"Buat sementara waktu, kerajaan tidak boleh maklumkan lagi apa bentuk insentif kali ini, tapi yang pasti nilainya akan ditambah," katanya kepada pemberita selepas majlis Countdown 100 Hari Sukan Malaysia Ke-13 Melaka 2010, semalam.
Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rahin Mohd Said.

Beliau berkata semua pihak termasuk pengurus dan jurulatih perlu bekerja lebih keras bagi memastikan atlet masing-masing berada di tahap tinggi untuk mengekalkan kejuaraan.
Sementara itu Rahin berkata berdasarkan sukan Terengganu yang disertai lapan negeri baru-baru ini, Terengganu berjaya memperolehi 65 pingat emas, dan ia merupakan lebih satu pingat daripada sasaran di Melaka 64 pingat emas.
Beliau berkata tidak mustahil pencapaian itu dapat dikekalkan sekiranya semua atlet bekerja lebih keras lagi untuk meningkatkan prestasi masing-masing.
Sementara itu 12 atlet Terengganu yang mewakili negara ke Sukan Sea Vietnam, Laos tahun lepas menerima insentif daripada kerajaan negeri.
Pemenang pingat emas menerima RM3,000, perak RM2,000 dan gangsa RM1,000 yang disampaikan Ahmad.
No comments:
Post a Comment