Katanya, kesemua pegawai berkenaan telah dibebaskan dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM3,000."Kesemua mereka disyaki meminta wang perlindungan dari sebuah syarikat yang menjual keluli. Tujuh daripada pegawai berkenaan ditahan di Kemaman, manakala bakinya ditahan di Kuala Terengganu," katanya.
SPRM turut mengambil keterangan daripada seorang menteri kanan bagi membantu siasatan kes rasuah terhadap bekas setiausaha politiknya.
Kata Mustafar, pihaknya mengambil keterangan itu kelmarin di pejabat menteri berkenaan pada pukul 3.30 petang dan berlangsung kira-kira dua jam.
"Siasatan ke atas bekas setiausaha politik menteri terbabit masih berjalan dan individu terlibat juga masih belum dikenakan apa-apa pertuduhan.
Siasatan itu dibuat mengikut Akta SPRM 2009," katanya semalam.
No comments:
Post a Comment