Friday, April 9, 2010

Ibu Tunggal 10 Anak Terharu Dapat Rumah

Seorang ibu tunggal semalam menitiskan air mata kegembiraan kerana menerima rumah percuma menerusi program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir.

Fatimah Abdul Wahab, 55, yang mempunyai 10 orang anak berumur antara 14 dan 36 tahun, kini tinggal di rumah yang dibina di atas tanah orang perseorangan di Kampung Seberang Takir.

"Sudah sekian lama saya berendam air mata apabila tuan tanah mengarahkan saya anak beranak supaya berpindah ke tempat lain. Mahkamah juga mengarahkan 60 keluarga yang tinggal di tanah itu mengosongkannya segera," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian kunci rumah PPRT .
Penyerahan itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankausa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Pada majlis itu enam orang menerima rumah PPRT manakala sembilan orang lagi akan diberikan tanah lot untuk didirikan rumah kediaman.

Ramli Ismail, 54, seorang lagi penerima bantuan itu berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan yang begitu perihatin kepada nasib rakyat miskin sepertinya.

1 comment:

  1. Adakah anda dalam apa-apa jenis masalah kewangan? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk
    penyatuan hutang, pembinaan, pinjaman hartanah, membiayai semula, peribadi,
    maksud perniagaan atau wang kecemasan? Adakah anda seorang lelaki perniagaan atau
    wanita yang merancang untuk mengembangkan perniagaan masing-masing, kami menawarkan pinjaman semua jenis pada hanya 2%. jika berminat hubungi kami hari ini melalui fredrickpetersonloan@gmail.com dengan maklumat di bawah.

    NAMA PENUH:
    NEGARA:
    JUMLAH PINJAMAN DIPERLUKAN:
    PINJAMAN TEMPOH:
    PENDAPATAN BULANAN:
    NOMBOR TELEFON:
    Terima kasih,

    Mr Fredrick

    ReplyDelete