Saturday, April 24, 2010

Kelulusan Balak – Ahmad Said Berbohong?

Bahagian Pertama:

KELUASAN KAWASAN BALAK YANG DILULUSKAN
KERAJAAN TERENGGANU ANTARA 2001 -2010

















Menurut Abdul Mubin Ismail, seorang guru - kakitangan kerajaan - yang memang imunitinya tidak boleh dipersoalkan melalui blognya –“ pentadbiran Datuk Ahmad Said sekarang bukannya Merakyatkan Pembangunan dan Pentadbiran tetapi ‘Merakyatkan Penipuan atau Menipurakyatkan dan Menggadairakyatkan Harta Redok...”

Kenapa beliau berkata demikian?

Asasnya ialah Menteri Besar Terengganu menipu dari segi jumlah kawasan balak yang diluluskan.

Mari kita teliti apa yang dikatakan oleh Mubin. Kata Mubin, “Mari kembali belajar matematik (dalam BM)... 13 orang X 500 hektar berapa jawabnya? Yang 13 orang itu belum termasuk ustaz tukang baca doa bersongkok tinggi, kroni budak tingkat 15 merangkap tingkat 16, kroni anak gundik umno dan pelbagai macam kroni yang lain lagi...”

Berikutan itu, menurut Mubin, “Jumlah yang dimaklumkan dalam DUN Terengganu (bagi tahun 2009 & 2010) adalah jumlah yang SUDAH LAKU dijual, sudah menjalankan operasi mengeluarkan balak dan sudah dibayar primiumnya. Jumlah itu BELUM termasuk yang masih tidak laku jualannya. Selain itu, jumlah yang dimaklumkan itu juga adalah berbentuk LESEN bukan diberikan kepada individu yang namanya bukan lesen.”

Jelas sekali Mubin mempertikaikan apa yang dikatakan oleh Ahmad Said di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Pada ketika ahli Dewan, sama ada daripada penyokong kerajaan atau juga pembangkang langsung tidak mempertikaikan jawapan itu, Mubin tiba-tiba menjadi juara dengan membuat tuduhan seperti di atas kepada Ahmad Said.

Tuduhan itu jelas dibuat di luar Dewan dan yang anehnya Mubin bagaikan mewakil seseorang atau kumpulan membuat tuduhan berkenaan.


Menteri Besar menggulung perbahasan pada hari terakhir sidang DUN pada 8 April 2010.

Apakah Mubin mewakili mereka yang pernah mendapat ‘habuan balak’ sebelum ini dan kini ‘marah’ kerana tidak merasai lagi kesenangan daripada ‘rezeki jatuh dari langit; seperti ini?

Sebenarnya ada tiga perkara menarik yang boleh diperkatakan apabila Mubin menulis dalam blognya mengenai perkara ini.

Pertama, beliau mempertikaikan jumlah kawasan yang diberikan lessen untuk membalak;

Kedua, cakap-cakap Mubin ini menggambarkan bahawa Ahmad Said berbohong dalam Dewan apabila tidak memberikan jawapan tepat kepada soalan yang ditimbulkan; dan,

Ketiga, tuduhan Mubin yang dibuat di luar sidang DUN membuka ruang kepada Menteri Besar untuk menjawab atau mengambil tindakan lanjut kerana Mubin sudah membuat tuduhan di luar Dewan?

Apapun, berbalik kepada kawasan yang diluluskan, apakah ia di bawah bidang kuasa Menteri Besar semata-mata atau juga Jabatan Perhutanan? Siapa berkuasa sebenarnya.

Sebelum pergi lebih jauh, adalah baik kita merujuk semula apakah sebenarnya yang dijawab oleh Menteri Besar terhadap soalan mengenai balak ini dan apa lagi yang diucapkan oleh Ahmad Said ketika diserbu pemberita di luar Dewan selepas sidang DUN itu ditangguh.

Menurut kertas yang dibekalkan oleh Jabatan Hutan, keluasan kawasan balak yang diluluskan adalah seperti berikut:

Ahmad Said ketika menjawab soalan pada sidang Dewan menegaskan, jika dilihat kepada statistik di atas, rakyat boleh membandingkan jumlah kawasan balak diluluskan pada ketika PAS memerintah negeri Terengganu, berbanding dengan ketika Barisan Nasional (BN) mengambil alih.

Malah menurutnya, sejak beliau mengambil alih pentadbiran, jumlah yang diluluskan amat kecil sekali.

Ahmad Said turut menjelaskan pada hari terakhir persidangan, iaitu ketika menggulung perbahasan, kerajaan negeri tidak membenarkan begitu banyak kawasan balak untuk menjamin harta kerajaan negeri tidak dihabiskan secara gelojoh.

Bagi yang mahu melapangkan minda, cuba lihat berapa jumlah yang diluluskan oleh kerajaan PAS antara 1999-2003:









Kemudian apabila BN mengambil alih pentadbiran antara 2004-2008, jumlah kelulusan pula adalah seperti berikut:









Dan apabila Ahmad Said mengambil alih pentadbiran mulai Mac 2008 hingga terkini, keluasan yang diluluskan oleh pentadbirannya seperti berikut:










Apa yang pasti, Ahmad Said tidak mereka-rekakan angka di atas tetapi dibekalkan oleh Jabatan Hutan yang turut bertanggungjawab dalam meluluskan kawasan balak yang dibenarkan diteroka.

Cumanya, Ahmad Said tidak menyatakan syarikat mana yang mendapat kawasan berkenaan, mungkin kerana sebab-sebab tertentu.

Dan jika Mubin atau pihak-pihak tertentu merasakan Ahmad Said melakukan ‘penyelewengan’ atau memang mahu ‘menghabiskan harta redok’ itu, mereka boleh melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Atau jika perlu Ahmad Said juga boleh mendedahkan siapa yang pernah mendapat balak di Terengganu sejak 2001 itu atau mungkin ketika BN berkuasa semula di Terengganu antara 2004 -2007.

Mungkin yang terselit di celah-celah nama yang dipaparkan nanti ada nama-nama mereka yang dikenali dan tidak terkecuali yang mungkin rapat dengan Mubin sendiri.

Jangan cuba jolok sarang tabuan dengan Ahmad Said!

Sejarah mungkin berulang seperti yang dilakukan oleh Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila memaparkan senarai siapa kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Agung UMNO akhir 1990-an di PWTC.

Nantikan bukan seorang atau dua orang yang malu, takut ramai yang sebelum ini meludah ke langit akhirnya ludahnya jatuh ke batang hidung sendiri!

Bersambung…

No comments:

Post a Comment