Friday, April 9, 2010

Naza World of Bikes di Kuala Terengganu

Naza Group of Companies akan melabur lebih RM25 juta untuk membuka pusat jualan dan lepas jualan sehenti "Naza World of Bikes" di seluruh negara.

Pusat perkhidmatan jualan dan selepas jualan itu akan menyediakan perkhidmatan bagi semua motosikal yang dijual di bawah jenama Naza di bawah satu bumbung.

Cawangan yang pertama akan dibuka di Pulau Pinang manakala cawangan di Kuala Terengganu dan Kuantan akan dibuka tidak lama lagi," katanya selepas prebiu media dan pelancaran motosikal sport Ducati Hypermotard 796 di Kuala Lumpur.

Naib Presiden Eksekutif Operasi Datuk SM Zulkifli SM Amin berkata syarikat itu menyasar untuk membuka sekurang-kurang satu pusat di setiap negeri dan lima cawangan di Lembah Klang menjelang suku pertama tahun depan.

"Setiap cawangan akan menelan belanja lebih kurang RM2 juta bergantung kepada lokasi dan nilai tanah.

Mengenai rangkaian jenis motosikal Ducati, SM Zulkifli berkata Next Bike Sdn Bhd, iaitu syarikat di bawah payung Naza yang mengendalikan jualan motosikal Ducati, menyasar untuk menjual 160 motosikal Ducati tahun ini berbanding 92 unit yang dijual tahun lepas walaupun kemelesetan ekonomi.

"Kami yakin akan mencapai sasaran tahun ini kerana kami menjual 52 unit pada suku pertama tahun ini.

"Kami bukan sahaja terkenal kerana menjual motosikal tetapi bagi menangani masalah yang timbul selepas jualan," katanya.

Next Bike menjual motosikal jenama Ducati sejak 2004 dan setakat ini 800 unit telah dijual.

SM Zulkifli berkata syarikat itu telah pun memesan dan memperoleh 22 unit motosikal berkuasa tinggi dari ibu pejabat Ducati.

Ducati Hypermotard 796 yang mempunyai kuasa 81 kuasa kuda dijual pada harga RM79, 000 atas jalan.

No comments:

Post a Comment