Dua anakanda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, iaitu Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Nadhirah Zahrah mewakili Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) menyertai Melaka Grand Invitational Endurance Ride (MGIER) 2010.
Mereka menyertai acara 80km berlangsung di Stadium Hang Jebat, Krubong semalam.
Seramai 122 peserta dari 32 negara menyertai kejohanan itu.
Tengku Muhammad Ismail menunggang kuda bernama "Bilad El Arab" manakala Tengku Nadhirah Zahrah menunggang kuda bernama "Catalina".
Selain peserta dari Australia, Singapura, New Zealand, Indonesia, Perancis, Jerman dan Chile, turut menyertai kejohanan adalah Anggota Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron yang menyertai acara 40km dan menunggang kuda bernama "Parjo".
Tiga kategori dipertandingkan dalan MGIER iaitu 120km, yang disertai oleh 12 orang peserta, 80km (44 peserta) dan 40km (66 peserta) melalui kawasan ladang getah, ladang kelapa sawit dan kampung.
Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai RM12,000, sebuah trofi serta sijil bagi juara 120km; wang tunai RM6,000, sebuah trofi dan sijil (kategori 80km) manakala lima pelumba pertama bagi kategori 40km mendapat sijil tamat perlumbaan.
No comments:
Post a Comment