Rosli Othman (BN-Kemasik) ketika brbahas di Dewan Undangan Negeri berkata
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgA5H6tVMV4qEcPUk8coCHYmnRRXGy-Q55Lu0QmDoeVrFUCmqDyhmStJ4IrzO2kgT8QFF0dd3LjQmKm3QxoyJnuaHA1YEV-LFNGRCEeWSy0y0ElnQZCL5y9Xy1lzO6GpUbqGzwKo9mR-Vc/s400/Horizon33_7-4-2010_19-18-8.jpg)
"Kita harap satu agensi khas ditubuhkan untuk mengurus pengambilan pekerja-pekerja terdiri dari anak tempatan ini terutama di kawasan perindustrian.
"Dengan peluang pekerjaan yang mencukupi, kita harap dapat dikurangkan masalah sosial yang ditimbulkan golongan belia ini," katanya ketika membahaskan usul terima kasih terhadap ucapan perasmian Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg85s9Z9SDFfV-R1BTgI4CsRTRfn8HVvWiLpYzkFFRg5rpgOiUtRBMryrr0Dqs6JulqPsHBv3KHE_oPN4Aut7RonCZqVBiDJgn-7qeSMSs7QJ21T1RKrTvPgD5j9HwNI_R2Ae3BTvmZw8Y/s400/Horizon33_7-4-2010_9-18-8.jpg)
Sementara itu, kerajaan negeri juga digesa supaya lebih agresif dalam memajukan sektor pelancongan terutama berkaitan sejarah yang sehingga kini masih lagi belum mencapai potensi sebenarnya.
Mohd Zawawi Ismail (BN-Kuala Berang) pula berkata kerajaan negeri sepatutnya mempromosikan kawasan seperti Hulu Terengganu yang menyimpan pelbagai khazanah sejarah ketamadunan manusia.
"Kawasan seperti Hulu Terengganu sudah diiktiraf mempunyai banyak artifak sejarah. Di situ juga ada dijumpai pelabuhan terawal, selain penemuan Batu Bersurat yang menjadi penanda aras kedatangan Islam di negara kita.
"Saya sangat berharap kerajaan dapat memajukan pelancongan sejarah kerana apa yang dibuat setakat ini, nampaknya tidak bersungguh-sungguh, seperti hidup segan, mati tak mahu," katanya.
Beliau juga menyarankan supaya Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Mahmud atau lebih dikenali sebagai empangan Tasik Kenyir yang merupakan empangan hidro kedua terbesar di negara ini selepas Pergau, dikawal oleh anggota tentera berikutan kepentingannya daripada segi keselamatan.
"Sekarang ini empangan itu hanya dikawal oleh dua tiga orang pengawal keselamatan sahaja, nampaknya ia masih tidak mencukupi," katanya.
No comments:
Post a Comment