Tiada petugas Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata tidak ada pegawai MPK antara 10 pegawai penguat kuasa yang ditahan oleh SPRM.
"Tidak ada...mereka yang (ditahan) dari agensi lain, bukan MPK," katanya.
Selasa lepas, SPRM dilaporkan telah menahan 10 anggota penguat kuasa dari pelbagai agensi kerajaan kerana dipercayai menerima suapan antara RM500 dan RM5,000 daripada seorang peniaga besi buruk.
No comments:
Post a Comment