Terengganu terus berada di kedudukan ketiga liga apabila mencatat kemenangan tipis menumpaskan T-Team 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Gol tunggal Terengganu disumbangkan oleh Joseth Kalang Tie pada minit ke-89.
Selangor Pula meneruskan penguasaan Liga Super selepas mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam semalam.
Kemenangan itu juga menjarakkan Selangor yang mengumpul 47 mata daripada saingan terdekat Kelantan yang gagal mengutip mata penuh apabila seri tanpa jaringan dengan Kedah di Stadium Darul Aman.
Kelantan kekal di tempat kedua dengan 39 mata.
Selangor yang beraksi tanpa jurulatih K. Devan mendahului Pahang pada minit ke-25 menerusi Mohd Amri Yahya yang menyumbangkan satu lagi gol pada minit ke-78. Gol kemenangan Selangor diperolehi hasil jaringan P. Gunalan pada minit ke-79.
Dua gol bagi Pahang dihasilkan oleh Muhamad Fauzi Roslan pada minit ke-40 dan Famirul Asraf Syuti pada minit ke-90.
Perlis yang bermain di Stadium Utama, Kangar tidak mensia-siakan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri dengan menundukkan Perak 3-0.
Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras, Johor FC terikat 0-0 dengan Kuala Lumpur.
KL Plus juga mencatat keputusan seri 1-1 dengan Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Sementara itu pasukan tercorot dalam saingan liga, Pulau Pinang tewas 0-1 kepada Johor pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Larkin, Johor
No comments:
Post a Comment