

Konvoi itu diketuai Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad A Talib; dan disertai Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid.
Ahmad Said berkata, kewujudan Tasik Kenyir sejak lebih 30 tahun lalu hanya dikenali sebagai lubuk pemancing kerana tidak banyak aktiviti pelancongan dan percutian yang ditawarkan di situ.
Justeru katanya, Kerajaan Negeri giat merangka pelbagai usaha untuk menaik taraf kemudahan dan infrastruktur bagi mempromosikan keindahan Tasik Kenyir sebagai pusat eko-pelancongan yang sesuai untuk semua golongan iaitu dengan peruntukan sebanyak RM100 juta, tahun ini.


“Kami juga akan mengkomersialkan penemuan arkeologi terpenting di Malaysia pada dekad ini di Gua Bewah, Tasik Kenyir, iaitu fosil rangka seorang remaja dari zaman Mesolitik yang sudah disahkan berusia 16,000 tahun baru-baru ini, sekali gus tertua di Malaysia dijangka meningkatkan lagi daya tarikan lokasi pelancongan itu, khususnya di kalangan penggemar sejarah dan artifak,” katanya.
BOTR 2010 bertujuan mempromosikan program membabitkan 13 slot bahan siaran memancing di lubuk terkenal di seluruh negara yang akan ke udara melalui TV3, pertengahan Mei ini.
Pertandingan tiga hari anjuran Unit Joran Berita Harian dan TV3 bersama Kerajaan Terengganu itu menyaksikan beberapa kelab pancing dan kelab 4x4 mengambil bahagian dalam mempromosikan Tasik Kenyir sebagai lokasi agro-pelancongan tersohor. Mereka menjadikan Sungai Mandak dan Sungai Siput sebagai medan memburu spesies toman, sebarau, belida dan baung.
Antaranya ialah Kelab Alucast yang menghantar 12 pasukan, diikuti masing-masing tujuh oleh Team Kaki Pancing Temerloh dan Team Seafarers Explorers, Team Mahfuza (3), Team TV3 (3), Jabatan Perikanan Putrajaya (2) serta Team Cherooke (2
Lain-lain ialah Persatuan Memancing Malaysia (PeMM), Kelah Hunter, Cheras Baru, Team Sedim, Warong Kaki Pancing, Team Tiger, Team P-Mas, Team Aseng Kulaan, Team Kaki Laut - Sealegs, Team Season Teackles, Team Seahawk, Team Banting, Team Ofmer, Team Seluang, Team Pulut Lepa, Team Kerteh dan Team Triton Segamat.

Ahmad Said (tengah bersongkok) dan Ahmad Talib (depan) yang mengetuai cabaran BOTR bersama peseta konvoi tiba di kediaman Menteri Besar Terengganu di Bukit Kuang, Kemaman.
No comments:
Post a Comment