Sunday, May 16, 2010

Diskaun 50 peratus pasang papan tanda bercahaya

Dalam usaha meningkatkan keceriaan dan keindahan bandar Cukai terutamanya pada waktu malam, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menyarankan para peniaga di bandar itu memasang papan iklan bercahaya pada premis mereka.

Menurut Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPK, Mohd. Sophian Abu Bakar, bagi merealisasikan hasrat itu, MPK bersetuju untuk memberikan pengurangan kos menaik taraf papan iklan sedia ada kepada papan iklan bercahaya sebanyak 50 peratus.

"Tawaran tersebut bermula pada hari ini sehingga 31 Disember tahun ini mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan,'' katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, antara syarat-syarat tersebut ialah premis berkenaan haruslah mempunyai lesen yang diberikan oleh MPK dan kos serta kerja-kerja menaik taraf itu hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan MPK.

"Selain itu, tuntutan juga perlu disertakan dengan resit yang telah disahkan oleh pegawai MPK," katanya.

No comments:

Post a Comment