
"Semua IKBN yang sedang dalam pembinaan itu sudah siap sehingga 90 peratus dengan setiap satu berharga antara RM60 juta dan RM70 juta.
"Kita dijangka semua IKBN yang hampir siap itu akan beroperasi mulai awal tahun hadapan kecuali IKBN Tanah Merah yang perlu mengambil sedikit masa lagi untuk disiapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan IKBN/IKTBN (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara) Se-Malaysia di IKBN Wakaf Tapai.
Sebanyak 764 peserta dan pegawai daripada 14 IKBN di seluruh negara tidak termasuk dua IKBN dari Sabah dan Sarawak mengambil bahagian pada kejohanan empat hari itu.
Mohd Yasin berkata, sehingga ini negara mempunyai 16 IKBN dengan 10,000 pelatih sedang mengikuti 11 kursus kemahiran.
No comments:
Post a Comment