Menteri Besar, Datuk Ahmad Said sudah menyatakan persetujuannya untuk hadir pada ‘Malam PEWARTA 2010’ pada 6 Jun ini di kediaman Menteri Besar, Seri Iman Kuala Terengganu.
Kerajaan negeri juga dikatakan menghargai usaha PEWARTA mengumpulkan wartawan, bekas wartawan, penulis dan pengarang media cetak dan elektronik yang berasal dari Terengganu sama ada yang bertugas di negeri ini atau yang pernah berkhidmat di Terengganu.
Kehadiran mereka pada majlis penganugerahan mengenang jasa bagi menghargai pengorbanan mereka selama ini sangat dialu-alukan.
Difahamkan, kerajaan negeri sedia membantu PEWARTA untuk melaksanakan aktiviti tahunannya yang sudah disusun dan sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar.
Kerajaan negeri mengucapkan syabas diatas usaha murni penganugerahan mengenang jasa ini yang kepada wartawan, bekas wartawan dan pemimpin masyarakat yang berasal dari Terengganu.
Usaha ini dianggap memberi suntikan baru dan mendorong mereka untuk lebih aktif pada masa akan datang.
Menurut Timbalan Presiden PEWARTA, Mohamed Jusoh, pihaknya menghargai bantuan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri.
“Sebagai persatuan wartawan, kami melihat usaha kerajaan negeri ini sesuatu yang akan memberikan masa depan yang positif dalam konteks kerjaya dan sumbangan wartawan,” katanya.
Kemesraan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar dalam pertemuan dengan beliau amat dihargai.
Sementara itu, Mohamed berkata, selain Firefly, Penerbangan Malaysia (MAS) turut menaja malam PEWARTA.
Katanya, beberapa syarikat lain, termasuk anak syarikat kerajaan negeri seperti Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu turut menyumbang.
Dijangka lebih 400 tetamu akan hadir pada majlis itu.
Pada sebelah pagi PEWARTA akan mengadakan mesyuarat agung bagi memilih ahli jawatan kuasa baru 2010-2011.
No comments:
Post a Comment