Tuesday, May 4, 2010

Naik taraf mini zoo Kemaman Ogos

Kerja menaik taraf Mini Zoo Kemaman di Bukit Takar, kepada zoo penuh akan dimulakan dalam masa terdekat.

Tender akan dibuka bulan depan dan kerja-kerja menaik taraf dijangka dapat dimulakan selewat-lewatnya Ogos ini.

Zoo itu nanti akan dilengkapi tarikan seperti Safari Africa dan Taman Savana dengan kawasan lebih luas iaitu 120 hektar berbanding keluasan 15 hektar pada masa ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata sejak dibuka pada 11 April tahun lepas, mini zoo terbabit menerima seramai 114,000 pengunjung dengan kutipan jualan tiket mencecah lebih RM550,000.

Pada masa ini terdapat 74 spesies haiwan dan burung dengan hampir 200 ekor haiwan terdapat di mini zoo itu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal berkata, kerja menaik taraf mini zoo ini merupakan fasa kedua pembangunan zoo di Kemaman ini," katanya selepas mempengerusi Mesyuarat Fasa Kedua Zoo Kemaman di Majlis Perbandaran Kemaman di Bandar Chukai.

Sebelum ini, kerajaan Terengganu mengumumkan hasrat untuk memperluaskan lagi kawasan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman daripada lebih 15 hektar kepada 120 hektar berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung.

Proses pembangunan tersebut dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.
AhmadSaid berkata, apabila zoo itu siap, ia akan dilengkapi pelbagai tarikan baru yang dijangka meningkatkan jumlah pengunjung ke sana.

No comments:

Post a Comment