Thursday, May 20, 2010

Pasukan LTdL Terengganu menjadi kenyataan

Anuar menerima sumbangan kerajaan negeri daripada Menteri Besar semalam – Gambar Zulkifli Putra.

Nama pasukan akan ditentukan kemudian.

Tetapi kertas Exco bagi penubuhan pasukan Terengganu bagi menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan difahamkan sudah disedaikan dan semakin menjadi kenyataan.

Terengganu memerlukan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk menubuhkan pasukan tersebut.

Harapan begitu tinggi diletakkan oleh kerajaan negeri Terengganu, khususnya Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk memastikan tertubuhnya pasukan Terengganu bagi menyertai LTdL dalam tempoh terdekat.

Anuar Manan – jaguh pecut kejohanan itu tahun in i juga menyatakan hasrat yang sama. Malah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek juga demikian.

Anuar Manan yang mewakili pasukan Geumsan Asia menjadi pelumba tempatan pertama memenangi jersi hijau (Raja Pecut) dalam sejarah LTdL yang dianjurkan sejak 1996 dan berharap idea Menteri Besar itu menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Pastinya, rakyat Terengganu seluruhnya akan bangga jika tahun depan pasukan Terengganu dapat bertanding dalam kejohanan LTdL.

Anuar berkata beliau gembira dengan janji Menteri Besar dan berharap ia pencetus kepada peningkatan sukan lumba basikal di negeri ini.

Ahmad Shabery mengalu-alukan hasrat kerajaan negeri Terengganu dan berharap usaha itu akan menjadi satu lagi kejayaan bidang sukan negeri dan negara.

Kerajaan Terengganu sudah mengumumkan bercadang untuk mewujudkan satu pasukan sukan lumba basikal negeri bagi menyertai pada tahun depan.

Shabery pula berkata kejayaan pelumba negara Anuar Manan akan memberi inspirasi kepada pelumba lain.

Anuar akan memberi dorongan kepada golongan belia dan remaja lain untuk bersedia melakukan pengorbanan semata-mata untuk mengharumkan nama negara.

"Kemunculan Anuar, walaupun mewakili pasukan berstatus benua luar negara, tetap dianggap besar," katanya.
Ahmad Said berkata bakat dan kebolehan yang ditunjukkan oleh pelumba tempatan begitu menyerlah dan mereka perlu diberi peluang untuk berada dalam satu pasukan yang mewakili negeri kelahiran mereka.

Pada perlumbaan LTdL baru-baru ini, lapan pelumba yang menyertai pasukan-pasukan profesional adalah anak Terengganu sendiri. Malah lima daripada enam pelumba dalam pasukan Malaysia adalah anak Terengganu.

Malah ketika melawat keluarga Anuar Manan di Kuala Terengganu,awal Mac lalu, Ahmad Shabery berkata, hasrat kerajaan negeri amat dialu-alukan.

Dengan jaminan kerajaan negeri untuk menyediakan gaji kepada pelumba, usaha ini akan lebih menampakkan kejayaan, katanya.

Presiden Persatuan Lumba Basikal Malaysia, Haji Abu Samah Wahab, turut melahirkan rasa gembira dengan hasrat kerajaan negeri ini untuk menubuhkan pasukannya sendiri dan berharap ianya ditangani secara bersungguh-sungguh.

“Saya harap hasrat ini menjadi kenyataan dan Terengganu perlulah mencari jurulatih professional bagi membimbing pasukannya nanti kerana telah pun dibarisi pelumba
Semalam Ahmad Said berkata langkah itu bertujuan membolehkan pasukan itu menyertai kejohanan lumba basikal bukan sahaja di dalam negara tetapi juga pertandingan di luar negara.

"Kita akan bincangkan dalam exco untuk menubuhkan pasukan ini," katanya.
Difahamkan, kertas Exco sudah disiapkan dan menunggu masa untuk dibentangkan bagi tujuan itu.

No comments:

Post a Comment