Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) merancang untuk membina kilang memproses isi ikan dan kilang air batu tidak lama lagi.
Pengerusinya, Hamzah Jusoh berkata, persatuan itu sudah mengenal pasti tapak yang sesuai untuk pembinaan kilang air batu iaitu berhampiran Kompleks Perikanan Pulau Kambing di sini, manakala tapak untuk kilang memproses isi ikan masih sedang dicari.
"Kami jangka kilang memproses ikan akan melibatkan kos pembinaan RM200,000 manakala kilang air batu yang dibuat secara kecil-kecilan memerlukan peruntukan RM100,000," katanya ketika semalam.
Beliau berkata, PNKTS juga melabur kira-kira RM1.3 juta untuk membeli sebuah bangunan tiga tingkat di Jalan Sultan Sulaiman untuk disewa sebagai pejabat dan lot-lot kedai.
"Bangunan yang dibeli itu sudah hampir siap. Apabila siap nanti, kami akan sewa bagi menambah dana persatuan," katanya.
No comments:
Post a Comment