Orang Malaysia pergi ke London perkara biasa. Salah satu destinasi MAS ialah KL - London. Bila ada orang Malaysia nak pergi ke London ikut jalan darat itu adalah perkara yang luar biasa. Pastinya perjalanan tersebut dengan motisikal.

Ekspidisi Merdeka 1Malaysia Kuala Lumpur - London yang terdiri daripada 2 orang keturunan Melayu, China, India dan Kadazan. Mereka dijangka tiba di London pada 31 Ogos akan datang dan akan menyertai rakyat Malaysia menyambut kemerdekaan di sana.
Semangat kental mereka seharusnya dijadikan idola kepada rakyat Malaysia. Misi mereka ialah untuk memungut derma bagi menubuhkan 40 buah perpustakaan di rumah anak yatim dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia.

Antara lain tujuan ekspidisi ini ialah untuk mempromosi gagasan 1Malaysia kepada dunia melalui kerjasama antara penunggang yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan Kadazandusun.
Menterjemahkan gagasan 1Malaysia dengan cara tersendiri untuk membantu kefahaman masyarakat terhadap falsafah dan tujuan gagasan itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak .
Sebagai iktibar kepada masyarakat bahawa tiada yang mustahil dicapai jika semua kaum bersatu padu dengan semangat 1Malaysia .
Membangkitkan kesedaran bahawa kemerdekaan negara wajib dipertahankan oleh semua kaum untuk diwariskan kepada generasi akan datang
Penglibatan anak Terengganu dalam ekpidisi ini adalah sesuatu yang membanggakan kerana orang Terengganu sememangnya hebat dalam semua aspek. .
No comments:
Post a Comment