Jabatan Perikanan Terengganu menyediakan peruntukan hampir RM1 juta untuk membina 38 unit tukun tiruan di perairan negeri tahun ini.
Sejak tukun tiruan diperkenalkan di Terengganu pada tahun 2006, sehingga kini 969 unit tukun tiruan bernilai RM8.8 juta dilabuhkan di Terengganu.
Pengarahnya Zakaria Ismail berkata ia terdiri daripada tukun jenis dasar lembut yang akan dibina lima batu daripada pantai dan jenis kuboid yang dibina lima batu ke laut.
"Tukun jenis dasar lembut akan dibina di Kemaman manakala jenis kuboid akan dibina di sini," katanya semalam.
Beliau berkata ia adalah sebahagian daripada program pemuliharaan sumber ikan melalui pembangunan tukun tiruan, dan menurutnya pembinaan tukun itu juga dicadangkan oleh para nelayan sendiri kepada Jabatan Perikanan agar membanyakkan tukun-tukun tiruan kerana keberkesanannya.
Katanya matlamat pembinaan tukun itu juga adalah untuk mengekal dan meningkatkan simpanan ikan dan habitatnya untuk generasi akan datang.
No comments:
Post a Comment